Cara Buat Asas SEO Guna Website WordPress

Cara Setup SEO

Kenapa Asas SEO WordPress Sangat Penting?

Sebelum anda publish website, perkara akhir anda perlu buat adalah SETUP SEO

Baca Artikel : Apa Itu SEO

Sebelum kita setup satu perkara wajib yang anda perlu faham ialah asas SEO.

SEO (Search Engine Optimization) ialah proses untuk bantu website anda muncul di Google, bila orang cari servis atau maklumat yang berkaitan dengan bisnes anda.

Masalah biasa yang saya selalu jumpa:

  • Website cantik tapi tak ada trafik
  • Artikel dah banyak, tapi tak rank
  • Dah buat SEO plugin, tapi tak faham apa yang perlu dibuat

Dalam artikel ini, saya akan tunjukkan cara buat asas SEO guna website WordPress, langkah demi langkah, sesuai untuk beginner.


1. Faham Dulu Cara Google Nilai Website Anda

Sebelum sentuh plugin atau setting teknikal, anda kena faham bagaimana Google berfikir.

Google akan tanya 3 soalan utama:

  1. Website ini tentang apa?
  2. Adakah content ini relevan dengan carian pengguna?
  3. Adakah website ini boleh dipercayai & senang digunakan?

SEO bukan lagi tentang:
❌ Spam keyword
❌ Copy paste artikel
❌ Main backlink saja

SEO sekarang fokus kepada:

  • Struktur yang jelas
  • Content yang jawab soalan pengguna
  • User experience yang baik

Kalau asas ni salah, plugin SEO pun tak boleh tolong.


2. Setup Asas WordPress

a) Tukar Permalink Kepada SEO-Friendly

Masuk:
Dashboard WordPress Settings → Permalinks

Pilih:

Post name

❌ Salah:

website.com/?p=123

✅ Betul:

website.com/cara-masak-ayam-goreng-kfc

URL yang kemas bantu:

  • Google faham topik page
  • Pengguna lebih yakin untuk klik
https://wordpress.org/documentation/files/2022/11/wordpress-permalink-settings.png

b) Tetapkan Site Title & Tagline Dengan Betul

Masuk:
Settings → General

Contoh:

  • Site Title: Most Trusted Digital Marketing in Malaysia
  • Tagline: Help entrepreneur to increase sales and leads

Ini antara signal paling awal Google baca tentang website anda.

https://wordpress.org/documentation/files/2018/11/760px-options-general.png

c) Pastikan Website Boleh Diindeks Google

Masuk:
Settings → Reading

Pastikan:
Discourage search engines from indexing this site
(tidak ditanda) (Kosongkan)

Kesilapan ni sangat biasa — ramai tak sedar website mereka blocked dari Google.

https://wordpress.org/documentation/files/2021/06/options-reading.png

3. Pasang Plugin SEO

Plugin SEO bantu strukturkan SEO, bukan buat SEO secara automatik.

Antara plugin popular:

Apa yang plugin dapat bantu secara asas:

  • Title & meta description
  • Sitemap XML
  • Struktur heading
  • Basic schema

Kesilapan biasa
Ramai ingat bila dah hijau semua indikator = SEO dah power.

Hakikatnya:

Plugin SEO hanya alat. Content & struktur masih penentu utama.

Ketahui apa yang Yoast Plugin SEO provide untuk FREE Version


4. Buat Keyword Research

SEO bermula dengan keyword yang betul, bukan keyword yang sedap bunyi.

Contoh salah ❌

  • Servis
  • Kedai
  • Perniagaan
  • Murah
  • Profesional

(terlalu umum, tak jelas apa servis sebenar)

Contoh betul ✅

  • servis cat rumah Selangor
  • upah tukang paip berpengalaman
  • kontraktor ubah suai dapur
  • servis pasang lampu rumah
  • tukang baiki bumbung bocor

Tips ringkas:

  • Pilih keyword yang orang memang cari
  • Fokus keyword niat beli / niat belajar
  • Jangan target keyword terlalu umum

Untuk beginner:

  • Guna Google search suggestion
  • Guna “People Also Ask”
  • Guna tools asas seperti Ubersuggest (jika ada)

5. Struktur Artikel SEO Yang Betul Dalam WordPress

Ini bahagian paling ramai buat salah.

Struktur Minimum Artikel SEO

  • H1 – Tajuk utama (1 sahaja)
  • H2 – Subtopik utama
  • H3 – Pecahan isi

Contoh:

H1: Cara Pilih Servis Ubah Suai Rumah Yang Betul
  H2: Kenapa Pemilihan Kontraktor Sangat Penting
    H3: Risiko Salah Pilih Kontraktor
    H3: Kelebihan Kontraktor Berpengalaman
H1: Cara Buat Tempahan Katering Untuk Majlis
  H2: Kenapa Perlu Pilih Katering Berkualiti
    H3: Katering Majlis Kahwin
    H3: Katering Majlis Korporat

Kenapa struktur penting?

  • Google scan content ikut heading
  • AI & featured snippet lebih mudah “petik”
  • Pembaca senang faham & baca lama
https://s47434.pcdn.co/wp-content/uploads/2023/06/How-to-Build-an-SEO-Content-Template.jpg

6. Letak Keyword Di Tempat Yang Betul (Bukan Spam)

Lokasi penting keyword:

  • Tajuk (H1)
  • Perenggan pertama
  • URL
  • Subheading (H2/H3)
  • Meta description

❌ Salah:

Ulang keyword 20 kali tanpa konteks

✅ Betul:

Guna keyword secara natural & relevan

SEO 2026:

Lebih penting jawab soalan, bukan ulang perkataan.

Contoh Keyword yang SPAM!


7. Gambar, Video & Internal Link Untuk Kuatkan SEO

a) Gambar

Minimum:

  • 1–3 gambar setiap artikel

Fungsi:

  • Tambah masa pembaca di page
  • Bantu visual faham isi
  • Boleh muncul di Google Image

b) Video

Contoh:

  • Embed video YouTube
  • Screen recording tutorial

Kesan SEO:

  • Kurangkan bounce rate
  • Naikkan engagement
  • AI & Google suka content multimedia

c) Internal Link

Linkkan:

  • Artikel lama → artikel baru
  • Artikel baru → servis / page penting

Internal link bantu:

  • Google crawl website
  • Sebarkan authority
  • Naikkan ranking page lain

Asas SEO WordPress Yang Ramai Abaikan

SEO bukan magic.
SEO bukan trick.
SEO ialah asas yang konsisten.

Kalau anda buat:

  • Struktur website betul
  • Keyword yang tepat
  • Content yang jelas & membantu
  • Website laju & kemas

Ranking akan datang secara natural.

Kalau anda baru bermula:

Jangan kejar teknik advanced dulu. Betulkan asas — hasil akan ikut.

Tamat sudah cara bagaimana buat asas seo di website selepas siap website.

Selepas siap website anda WAJIB letakkan di Google Analytics 4 dan Google Search Console.

Saya ada kongsikan artikel bagaimana nak letak Google Analytics 4


Ini adalah sebahagian ASAS SEO sahaja untuk mudahkan Google membaca website anda. Untuk ketahui lagi tentang bagaimana nak rank Google dan traffik secara tak langsung. Sila baca lagi artikel tentang On-Page SEO dan Teknikal SEO

Comments

Leave a Reply