Apa Itu SEO? Makna dan Jenis SEO

Bacaan selama 4 minit

Apa itu SEO?

SEO atau singkatannya Search Engine Optimization adalah satu teknik strategi pemasaran secara online untuk menaikkan bisnes anda secara percuma di first page dalam search engine seperti Google Chrome, Bing, Yandex, Baidu dan sebagainya. Lihat senarai top 12 search engine


Bahasa mudahnya adalah menaikkan ranking bisnes anda secara percuma dalam first page di search engine.

Tujuan SEO adalah untuk improve kan kedudukan ranking keyword yang berkaitan dengan bisnes anda dalam google search.

Semakin tinggi kedudukan ranking dalam google search, semakin ramai orang melihat bisnes anda di first page google.

……

Kenapa pentingnya SEO?

Ok, begini… pelanggan akan search dengan taip keyword di google search, kemudian bila bisnes anda berada paling atas dalam carian, sudah tentu pelanggan akan klik. Kenapa bisnes anda perlu berada di first page google search?

Contoh gambar dibawah menggunakan keyword ‘kelas tuisyen percuma’ dan website kelastuisyenpercuma.com mendapat ranking nombor 1 dalam google search. Tak perlu lagi gunakan google ads disebabkan berada di ranking nombor 1 dan pastinya pelanggan akan klik untuk dapatkan info lagi.

Sebab itu, pentingnya pengusaha bisnes untuk gunakan teknik pemasaran online secara SEO.

Sekiranya tak pasti macamana nak naikkan ranking dalam google search, anda boleh dapatkan konsultansi secara PERCUMA tentang SEO disini

Dengan gunakan teknik yang betul, anda boleh mencapai ranking seperti gambar di atas.


Bagaimana cara kerja SEO bergerak?

SEO bertujuan untuk membolehkan pengguna mendapatkan maklumat yang diinginkan di search engine dengan kata kunci tertentu. Cara bagaimana proses berlaku adalah :-

1) Crawling

Bots akan crawl dan mencari maklumat yang relevan dan sesuai dengan apa yang pengguna inginkan ke dalam website anda. Mereka akan cari maklumat atau link yang ada dalam website anda. Selepas jumpa maklumat konten yang relevan dan sesuai, mereka akan kumpulkan data tersebut.

2) Index

Selepas kumpul data, bots akan masukkan maklumat atau data ke dalam fail google (Index).

Anda juga boleh menyuruh bots ni dengan beritahu “hey…ini maklumat penting saya dalam website..tolong masukkan data dalam fail indexing” melalui CARA INI

3) Ranking

Selepas masuk ke dalam fail google (index), google akan menapis, menyesuaikan konten dan ranking konten maklumat anda mengikut kata kunci yang ditaip oleh pengguna.

….

Lihat video dibawah bagaimana proses google search ini berlaku?


Apa jenis SEO yang ada?

Ada 3 jenis SEO iaitu :-

  • Onpage seo
  • Teknikal seo (Ada juga sumber mengatakan teknikal SEO juga adalah onpage SEO)
  • Offpage seo

Onpage SEO

Anda optimize kan seo dalam website anda sendiri di internet dengan menggunakan kata kunci yang sesuai.

Anda perlu pastikan konten website anda relevan dan berikan “user experience” yang lebih baik kepada pelanggan anda yang masuk ke website anda.

Teknikal SEO

Teknikal SEO pula adalah optimize kan website anda untuk mudahkan bots crawl dan mengumpul data (indexing) dari website anda.

Ia juga optimizekan infrastruktur website anda.

Offpage SEO

Offpage SEO adalah aktiviti-aktiviti internet lain yang membantu menaikkan bisnes anda dalam google search. Antara aktiviti adalah seperti sosial media, Local SEO (Google My Business), Content Marketing, Link Building, Events, Podcast dan sebagainya.

Cuba anda bayangkan, anda menulis konten blog yang manfaat dan relevan, kemudian pembaca rasa bermanfaat dan share konten blog anda dengan letakkan link di media sosial atau di website mereka sendiri. Ia secara tak langsung telah membina backlink untuk website anda. Backlink adalah salah satu cara dalam offpage SEO.

Media sosial perlu wajib anda terus update dan terus engage bersama followers serta letakkan link website anda selalu di sosial media, agar ramai orang klik dan share.


Kesimpulan tentang SEO

SEO : Menaikkan ranking website anda dalam Search Engine secara organic dan free.

Onpage Seo : Optimizekan dalam website anda sendiri
Teknikal SEO : Optimizekan website untuk mudahkan bots crawling dan indexing
Offpage SEO : Optimizekan bisnes anda di internet yang bukan dari website anda

Anda juga boleh dapatkan SEO konsultansi secara PERCUMA dari kami. Apa yang anda peroleh secara PERCUMA.

  • Senarai Keyword untuk website anda
  • Laporan SEO website anda
  • SEO Audit

Info Lanjut Untuk SEO Konsultansi PERCUMA

seo cara kerja

Sila Share

2 Comments

Leave a Reply