Tag: Cara SEO

  • SEO 2026: Apa Kata Yoast & Apa Yang Anda Perlu Buat Sekarang

    SEO 2026: Apa Kata Yoast & Apa Yang Anda Perlu Buat Sekarang

    SEO 2026 Bukan Lagi Sekadar Ranking

    SEO pada tahun 2026 sedang berubah dengan sangat pantas. Jika dulu SEO hanya fokus kepada keyword, backlink dan ranking di Google, hari ini pendekatan itu sudah tidak mencukupi.

    Berdasarkan pandangan pakar daripada Yoast, enjin carian kini bergerak ke arah AI-driven search yang lebih mementingkan kefahaman mesin, kejelasan maklumat dan tahap kepercayaan.

    Jadi, SEO 2026 bukan lagi tentang ranking semata-mata, tetapi tentang visibility.

    Dengan kemunculan AI Search, Google bukan sahaja memaparkan senarai link tetapi terus memberi jawapan, ringkasan dan cadangan.

    Jika content anda tidak mudah difahami oleh mesin, ia berisiko tidak dipetik langsung walaupun berada di page pertama.

    gemini

    Artikel ini menghuraikan 7 ramalan SEO paling penting untuk tahun 2026 dan apa yang perlu anda buat sekarang untuk kekal relevan.

    1. Kejayaan SEO Diukur Melalui Visibility, Bukan Ranking

    Dulu, KPI SEO sangat jelas iaitu Rank #1 = berjaya

    Namun pada tahun 2026, pendekatan ini sudah ketinggalan zaman.

    Enjin carian dan AI kini memilih content berdasarkan kefahaman dan kepercayaan, bukan semata-mata kedudukan ranking. Kandungan anda mungkin dipetik oleh AI walaupun pengguna tidak klik ke website.

    Apa Maksudnya Untuk SEO:

    • Ranking bukan lagi KPI utama
    • Visibility termasuk AI summary, featured answers & recommendation
    • SEO perlu fokus kepada retrievability, bukan trafik semata-mata

    Jika AI tidak faham content anda, ia tidak akan digunakan — walaupun ranking anda tinggi.


    2. Structured Data Jadi Keperluan Asas SEO

    Structured data bukan lagi “nice to have”. Ia dah jadi WAJIB

    Pada tahun 2026, ia menjadi keperluan asas untuk memastikan AI dan enjin carian faham:

    • Topik content
    • Siapa penulis
    • Konteks maklumat
    • Hubungan dengan entiti lain

    Website TANPA SCHEME MARKUP berisiko tidak layak dipaparkan dalam AI Search.

    Klik Sini Untuk Semak Schema Markup

    Structured Data Penting Untuk Fokus:

    • Article & BlogPosting
    • Organization & Author
    • Product & Review (eCommerce)
    • FAQ & How-To

    Anggap structured data sebagai bahasa mesin. Tanpanya, content anda terlalu “kabur” untuk AI.


    https://www.wordstream.com/wp-content/uploads/2021/12/what-is-schema-markup-rich-results-google-SERP.png
    https://martech.org/wp-content/uploads/2025/06/structured-vs-schema.png.webp

    3. Content Perlu Mesra Manusia & Mesra Bot

    Dulu, content panjang dianggap lebih baik.

    Pada 2026, content yang jelas dan tersusun menang.

    AI menilai:

    • Struktur logik
    • Heading yang jelas
    • Ayat ringkas & tepat
    • Mudah diringkaskan

    Content yang terlalu berulang, meleret atau tiada struktur akan diabaikan — walaupun penuh keyword.

    Cara Tulis Content Mesra AI:

    • Satu idea utama setiap seksyen
    • H2 & H3 yang descriptive
    • Perenggan pendek (2–4 baris)
    • Bullet points untuk poin penting

    Jika AI boleh ringkaskan artikel anda dengan tepat, itu tanda content anda kuat.

    Baca : Apa Beza Artikel SEO dan Artikel Biasa


    4. Ranking Masih Penting — Tapi Sebagai Isyarat Autoriti

    Ranking tidak mati.

    Tetapi pada 2026, ranking berfungsi sebagai signal kepercayaan, bukan matlamat akhir.

    Ranking tinggi menunjukkan:

    • Autoriti topikal
    • Konsistensi content
    • Kepercayaan jangka panjang

    AI menggunakan signal ini untuk tentukan sumber mana layak dipetik.

    Cara Gunakan Ranking Dengan Betul:

    • Jadikan ranking sebagai indikator, bukan KPI utama
    • Fokus pada topical authority
    • Bangunkan niche, bukan content rawak

    Ranking bantu bina trust, tetapi trust yang beri visibility.


    5. Autoriti Jenama & Brand Mention Semakin Kritikal

    SEO tidak lagi terhad kepada website sahaja.

    AI menilai jejak jenama di seluruh internet, termasuk:

    • Brand mention
    • Review & rating
    • Perbincangan di media sosial
    • Citation dari website lain

    Jenama yang disebut secara konsisten lebih dipercayai berbanding jenama yang hanya wujud di website sendiri.

    Cara Bina Signal Jenama:

    • Publish content berautoriti
    • Dapatkan mention dari website relevan
    • Konsisten mesej di semua platform
    • Galakkan review sebenar

    Pada 2026, SEO dan digital PR semakin bertindih.


    https://therichweb.com/wp-content/uploads/2025/05/image_2025-05-30_162440178.jpeg
    https://www.42signals.com/wp-content/uploads/2024/04/Importance-of-brand-mentions-3.webp
    https://searchengineland.com/wp-content/seloads/2024/02/What-is-digital-PR-for-SEO.jpeg.webp

    6. Content Multimedia Jadi Sebahagian Daripada SEO

    SEO bukan lagi teks sahaja.

    AI kini memproses:

    • Gambar
    • Video
    • Audio
    • Visual explanation

    Content multimedia membantu AI memahami konteks dengan lebih baik.

    Apa Yang Perlu Anda Buat:

    • Tambah imej relevan (imej yang berkait)
    • Embed video penerangan
    • Gunakan visual untuk terangkan konsep kompleks

    Gabungan teks + visual = lebih dipercayai oleh AI.

    Baca : Cara Buat Asas SEO Guna WordPress


    7. Discovery Berlaku Di Luar Google

    Orang ramai kini mencari maklumat di:

    • YouTube
    • TikTok
    • LinkedIn
    • Reddit
    • Forum & komuniti

    Platform ini mempengaruhi persepsi autoriti dan kepercayaan AI.

    Strategi SEO Perlu Berkembang:

    • Repurpose content ke platform lain
    • Kekalkan mesej kepakaran yang konsisten
    • Sertai perbincangan relevan

    Website adalah asas.
    Discovery berlaku di mana-mana.


    Bonus: Email Masih Channel Paling Stabil

    Walaupun algoritma berubah, email kekal:

    • Direct
    • Boleh dikawal
    • Tinggi kepercayaan

    Dalam dunia AI & platform yang tidak menentu, own your audience adalah aset besar.


    Kesimpulan: Maksud Sebenar SEO Pada Tahun 2026

    SEO 2026 bukan tentang manipulasi algoritma.

    Ia tentang:

    • Difahami oleh mesin
    • Dipercayai oleh AI
    • Dipetik sebagai rujukan

    Jika content anda:

    • Tersusun
    • Jelas
    • Berautoriti

    Anda bukan sekadar rank — anda kekal visible.

    Dapatkan info lagi tentang SEO Servis dari kami


    Nota:
    Artikel ini dirumuskan berdasarkan pandangan dan ramalan pakar SEO daripada Yoast, seperti yang dikongsikan dalam artikel rasmi mereka mengenai ramalan SEO 2026. Kandungan ini telah disusun semula, diringkaskan dan disesuaikan dalam bahasa yang lebih praktikal untuk membantu pemilik bisnes dan pengamal SEO memahami hala tuju SEO pada masa akan datang.

  • Cara Buat Asas SEO Guna Website WordPress

    Cara Buat Asas SEO Guna Website WordPress

    Kenapa Asas SEO WordPress Sangat Penting?

    Sebelum anda publish website, perkara akhir anda perlu buat adalah SETUP SEO

    Baca Artikel : Apa Itu SEO

    Sebelum kita setup satu perkara wajib yang anda perlu faham ialah asas SEO.

    SEO (Search Engine Optimization) ialah proses untuk bantu website anda muncul di Google, bila orang cari servis atau maklumat yang berkaitan dengan bisnes anda.

    Masalah biasa yang saya selalu jumpa:

    • Website cantik tapi tak ada trafik
    • Artikel dah banyak, tapi tak rank
    • Dah buat SEO plugin, tapi tak faham apa yang perlu dibuat

    Dalam artikel ini, saya akan tunjukkan cara buat asas SEO guna website WordPress, langkah demi langkah, sesuai untuk beginner.


    1. Faham Dulu Cara Google Nilai Website Anda

    Sebelum sentuh plugin atau setting teknikal, anda kena faham bagaimana Google berfikir.

    Google akan tanya 3 soalan utama:

    1. Website ini tentang apa?
    2. Adakah content ini relevan dengan carian pengguna?
    3. Adakah website ini boleh dipercayai & senang digunakan?

    SEO bukan lagi tentang:
    ❌ Spam keyword
    ❌ Copy paste artikel
    ❌ Main backlink saja

    SEO sekarang fokus kepada:

    • Struktur yang jelas
    • Content yang jawab soalan pengguna
    • User experience yang baik

    Kalau asas ni salah, plugin SEO pun tak boleh tolong.


    2. Setup Asas WordPress

    a) Tukar Permalink Kepada SEO-Friendly

    Masuk:
    Dashboard WordPress Settings → Permalinks

    Pilih:

    Post name
    

    ❌ Salah:

    website.com/?p=123
    

    ✅ Betul:

    website.com/cara-masak-ayam-goreng-kfc
    

    URL yang kemas bantu:

    • Google faham topik page
    • Pengguna lebih yakin untuk klik
    https://wordpress.org/documentation/files/2022/11/wordpress-permalink-settings.png

    b) Tetapkan Site Title & Tagline Dengan Betul

    Masuk:
    Settings → General

    Contoh:

    • Site Title: Most Trusted Digital Marketing in Malaysia
    • Tagline: Help entrepreneur to increase sales and leads

    Ini antara signal paling awal Google baca tentang website anda.

    https://wordpress.org/documentation/files/2018/11/760px-options-general.png

    c) Pastikan Website Boleh Diindeks Google

    Masuk:
    Settings → Reading

    Pastikan:
    Discourage search engines from indexing this site
    (tidak ditanda) (Kosongkan)

    Kesilapan ni sangat biasa — ramai tak sedar website mereka blocked dari Google.

    https://wordpress.org/documentation/files/2021/06/options-reading.png

    3. Pasang Plugin SEO

    Plugin SEO bantu strukturkan SEO, bukan buat SEO secara automatik.

    Antara plugin popular:

    Apa yang plugin dapat bantu secara asas:

    • Title & meta description
    • Sitemap XML
    • Struktur heading
    • Basic schema

    Kesilapan biasa
    Ramai ingat bila dah hijau semua indikator = SEO dah power.

    Hakikatnya:

    Plugin SEO hanya alat. Content & struktur masih penentu utama.

    Ketahui apa yang Yoast Plugin SEO provide untuk FREE Version


    4. Buat Keyword Research

    SEO bermula dengan keyword yang betul, bukan keyword yang sedap bunyi.

    Contoh salah ❌

    • Servis
    • Kedai
    • Perniagaan
    • Murah
    • Profesional

    (terlalu umum, tak jelas apa servis sebenar)

    Contoh betul ✅

    • servis cat rumah Selangor
    • upah tukang paip berpengalaman
    • kontraktor ubah suai dapur
    • servis pasang lampu rumah
    • tukang baiki bumbung bocor

    Tips ringkas:

    • Pilih keyword yang orang memang cari
    • Fokus keyword niat beli / niat belajar
    • Jangan target keyword terlalu umum

    Untuk beginner:

    • Guna Google search suggestion
    • Guna “People Also Ask”
    • Guna tools asas seperti Ubersuggest (jika ada)

    5. Struktur Artikel SEO Yang Betul Dalam WordPress

    Ini bahagian paling ramai buat salah.

    Struktur Minimum Artikel SEO

    • H1 – Tajuk utama (1 sahaja)
    • H2 – Subtopik utama
    • H3 – Pecahan isi

    Contoh:

    H1: Cara Pilih Servis Ubah Suai Rumah Yang Betul
      H2: Kenapa Pemilihan Kontraktor Sangat Penting
        H3: Risiko Salah Pilih Kontraktor
        H3: Kelebihan Kontraktor Berpengalaman
    
    H1: Cara Buat Tempahan Katering Untuk Majlis
      H2: Kenapa Perlu Pilih Katering Berkualiti
        H3: Katering Majlis Kahwin
        H3: Katering Majlis Korporat
    

    Kenapa struktur penting?

    • Google scan content ikut heading
    • AI & featured snippet lebih mudah “petik”
    • Pembaca senang faham & baca lama
    https://s47434.pcdn.co/wp-content/uploads/2023/06/How-to-Build-an-SEO-Content-Template.jpg

    6. Letak Keyword Di Tempat Yang Betul (Bukan Spam)

    Lokasi penting keyword:

    • Tajuk (H1)
    • Perenggan pertama
    • URL
    • Subheading (H2/H3)
    • Meta description

    ❌ Salah:

    Ulang keyword 20 kali tanpa konteks

    ✅ Betul:

    Guna keyword secara natural & relevan

    SEO 2026:

    Lebih penting jawab soalan, bukan ulang perkataan.

    Contoh Keyword yang SPAM!


    7. Gambar, Video & Internal Link Untuk Kuatkan SEO

    a) Gambar

    Minimum:

    • 1–3 gambar setiap artikel

    Fungsi:

    • Tambah masa pembaca di page
    • Bantu visual faham isi
    • Boleh muncul di Google Image

    b) Video

    Contoh:

    • Embed video YouTube
    • Screen recording tutorial

    Kesan SEO:

    • Kurangkan bounce rate
    • Naikkan engagement
    • AI & Google suka content multimedia

    c) Internal Link

    Linkkan:

    • Artikel lama → artikel baru
    • Artikel baru → servis / page penting

    Internal link bantu:

    • Google crawl website
    • Sebarkan authority
    • Naikkan ranking page lain

    Asas SEO WordPress Yang Ramai Abaikan

    SEO bukan magic.
    SEO bukan trick.
    SEO ialah asas yang konsisten.

    Kalau anda buat:

    • Struktur website betul
    • Keyword yang tepat
    • Content yang jelas & membantu
    • Website laju & kemas

    Ranking akan datang secara natural.

    Kalau anda baru bermula:

    Jangan kejar teknik advanced dulu. Betulkan asas — hasil akan ikut.

    Tamat sudah cara bagaimana buat asas seo di website selepas siap website.

    Selepas siap website anda WAJIB letakkan di Google Analytics 4 dan Google Search Console.

    Saya ada kongsikan artikel bagaimana nak letak Google Analytics 4


    Ini adalah sebahagian ASAS SEO sahaja untuk mudahkan Google membaca website anda. Untuk ketahui lagi tentang bagaimana nak rank Google dan traffik secara tak langsung. Sila baca lagi artikel tentang On-Page SEO dan Teknikal SEO

  • 7 Elemen Teknikal SEO yang Boleh Meningkatkan Prestasi & Ranking Website Anda

    7 Elemen Teknikal SEO yang Boleh Meningkatkan Prestasi & Ranking Website Anda

    Apa Itu Teknikal SEO & Kenapa Ia Sangat Penting?

    Teknikal SEO ialah salah satu komponen paling penting dalam SEO optimization yang sering diabaikan oleh pemilik bisnes dan pemilik website. Ramai fokus pada content dan keyword, tetapi lupa bahawa tanpa struktur teknikal yang betul, Google mungkin tidak boleh membaca website anda dengan sempurna.

    Ringkasnya, teknikal SEO memastikan website anda mesra Google, pantas diakses, selamat, dan mudah di-crawl serta di-index. Walaupun anda mempunyai artikel terbaik di dunia, jika teknikal SEO lemah, ranking tetap sukar naik.

    Dalam artikel ini, saya akan terangkan:

    • Apa maksud teknikal SEO
    • Apa yang SEO optimization sebenarnya buat
    • Bagaimana teknikal SEO membantu improve website anda
    • Elemen teknikal SEO yang paling penting untuk ranking Google

    Apa Itu Teknikal SEO?

    Teknikal SEO merujuk kepada proses mengoptimumkan aspek teknikal sesebuah website supaya enjin carian seperti Google dapat crawl, index, dan faham kandungan website dengan lebih efisien.

    Berbeza dengan:

    • On-Page SEO → fokus pada content & keyword
    • Off-Page SEO → fokus pada backlink & authority

    Teknikal SEO fokus pada struktur dan sistem website itu sendiri.

    Antara objektif utama teknikal SEO ialah:

    • Memudahkan Google bot membaca website
    • Memastikan semua halaman boleh diakses
    • Meningkatkan kelajuan website
    • Menjamin keselamatan dan pengalaman pengguna

    Apa Itu SEO Optimization Secara Keseluruhan?

    SEO optimization ialah proses menyeluruh untuk meningkatkan visibility website di Google supaya:

    • Lebih mudah ditemui
    • Mendapat trafik berkualiti
    • Menjana lebih banyak leads & sales

    SEO optimization biasanya merangkumi:

    1. Teknikal SEO
    2. On-page SEO
    3. Content optimization
    4. Off-page SEO

    Tetapi teknikal SEO ialah asas kepada semua komponen ini.
    Jika asas rosak, strategi lain akan jadi kurang berkesan.


    Kenapa Teknikal SEO Sangat Penting untuk Website?

    Google menggunakan ribuan signal untuk menentukan ranking, dan banyak signal ini datang daripada teknikal SEO.

    Antara kesan jika teknikal SEO tidak dijaga:

    • Website lambat → ranking jatuh
    • Page tak di-index → tak muncul di Google
    • Struktur salah → Google keliru
    • Mobile experience teruk → trafik drop

    Sebaliknya, teknikal SEO yang baik:

    • Mempercepatkan website
    • Meningkatkan crawl budget
    • Membantu ranking keyword lebih stabil
    • Meningkatkan conversion rate

    1. Kelajuan Website (Page Speed Optimization)

    Kelajuan website ialah antara faktor ranking rasmi Google.

    Jika website anda:

    • Ambil lebih 3 saat untuk load
    • Berat dengan image & script
    • Hosting perlahan

    -> Pengguna akan keluar sebelum membaca content.

    Bagaimana Teknikal SEO Membantu?

    • Compress image
    • Minify CSS & JavaScript
    • Guna caching
    • Pilih hosting yang betul

    Website yang pantas = pengalaman pengguna lebih baik = ranking lebih tinggi.


    2. Mobile-Friendly & Responsive Design

    Lebih 70% carian Google datang dari mobile.
    Google juga menggunakan mobile-first indexing.

    Jika website anda:

    • Susah dibaca di telefon
    • Button kecil
    • Layout berterabur

    -> Ranking akan terjejas.

    Peranan Teknikal SEO:

    • Pastikan responsive design
    • Font & spacing sesuai
    • Navigation mesra mobile

    3. Struktur URL yang SEO-Friendly

    URL yang baik membantu Google dan pengguna faham kandungan page.

    ❌ Contoh URL buruk:
    website.com/page?id=123

    ✅ Contoh URL SEO-friendly:
    website.com/teknikal-seo

    Teknikal SEO memastikan:

    • URL ringkas
    • Guna keyword relevan
    • Tiada duplicate URL

    4. Crawlability & Indexing

    Google menggunakan bot untuk crawl dan index website.

    Masalah biasa:

    • Page penting tidak di-index
    • Blocked oleh robots.txt
    • Noindex tersalah letak

    Teknikal SEO akan:

    • Semak robots.txt
    • Pastikan sitemap XML betul
    • Elak halaman penting tersembunyi

    Jika Google tak boleh crawl, ranking mustahil naik.


    5. Struktur Heading & HTML yang Betul

    Heading membantu Google faham hierarki content.

    Susunan ideal:

    • H1 → tajuk utama
    • H2 → subtopik
    • H3 → penerangan lanjut

    Teknikal SEO memastikan:

    • H1 hanya satu
    • Heading tersusun
    • Tiada heading lompat

    6. Keselamatan Website (HTTPS & SSL)

    Google memberi keutamaan kepada website yang selamat.

    Jika website anda masih HTTP:

    • Google paparkan “Not Secure”
    • Pengguna kurang percaya
    • Conversion menurun

    Teknikal SEO memastikan:

    • SSL dipasang
    • HTTPS aktif sepenuhnya
    • Tiada mixed content

    7. Technical Errors & Website Health

    Antara isu teknikal yang sering berlaku:

    • 404 errors
    • Broken links
    • Redirect salah
    • Duplicate content

    Teknikal SEO akan:

    • Audit error website
    • Baiki redirect
    • Bersihkan page rosak

    Website “sihat” lebih mudah ranking.

    Lihat skor website untuk anda ketahui samada “sihat” atau tidak disini.


    Bagaimana Teknikal SEO Improve Prestasi Website Anda?

    Apabila teknikal SEO dilakukan dengan betul, anda akan nampak:

    ✅ Website lebih laju
    ✅ Ranking keyword lebih stabil
    ✅ Trafik organik meningkat
    ✅ Bounce rate menurun
    ✅ Conversion naik (leads & sales)

    Ini bukan teori — ini data sebenar dari Google Analytics & Search Console.


    Kesilapan Besar Pemilik Website Tentang Teknikal SEO

    Ramai sangka:

    • “Website cantik dah cukup” ❌
    • “SEO cuma keyword & artikel” ❌
    • “Teknikal SEO sekali setup je” ❌

    Hakikatnya: Teknikal SEO perlu dipantau dan di maintain secara kerap dan berkala.


    Perlukah Anda Buat Teknikal SEO Secara Berkala?

    Jawapan ringkas: YA

    Sebab:

    • Google update algoritma
    • Plugin & theme berubah
    • Content bertambah
    • Error boleh muncul bila-bila masa

    -> Sebab itu servis SEO profesional biasanya ada SEO maintenance bulanan. Lihat servis yang ditawarkan.

    Baca Lagi : Kos SEO Servis


    Teknikal SEO Adalah Asas SEO Optimization

    Jika anda serius mahu:

    • Website muncul di Google
    • Dapat trafik berkualiti
    • Kalahkan pesaing

    -> Teknikal SEO bukan pilihan — ia keperluan.

    SEO optimization tanpa teknikal SEO ibarat bina rumah tanpa asas.
    Nampak cantik, tapi mudah runtuh.

    Lihat skor website SEO anda

  • Apa Itu On-Page SEO? Ketahui Teknik Penting untuk Tarik Pelawat ke Laman Web Anda

    Apa Itu On-Page SEO? Ketahui Teknik Penting untuk Tarik Pelawat ke Laman Web Anda




    Orang sedang buat kerja SEO

    Sekarang kita lihat satu per satu elemen penting dalam On-Page SEO yang wajib anda jaga:




    H1: Apa Itu On-Page SEO?
    H2: Kenapa On-Page SEO Penting
    H3: Teknik Utama Dalam On-Page SEO
    










  • Apa Itu SEO? Makna dan Jenis SEO

    Apa Itu SEO? Makna dan Jenis SEO

    Apa itu SEO?

    SEO atau singkatannya Search Engine Optimization adalah satu teknik strategi pemasaran secara online untuk menaikkan bisnes anda secara percuma di first page dalam search engine seperti Google Chrome, Bing, Yandex, Baidu dan sebagainya. Lihat senarai top 12 search engine


    Bahasa mudahnya adalah menaikkan ranking bisnes anda secara percuma dalam first page di search engine.

    Tujuan SEO adalah untuk improve kan kedudukan ranking keyword yang berkaitan dengan bisnes anda dalam google search.

    Semakin tinggi kedudukan ranking dalam google search, semakin ramai orang melihat bisnes anda di first page google.

    ……

    Kenapa pentingnya SEO?

    Ok, begini… pelanggan akan search dengan taip keyword di google search, kemudian bila bisnes anda berada paling atas dalam carian, sudah tentu pelanggan akan klik. Kenapa bisnes anda perlu berada di first page google search?

    Contoh gambar dibawah menggunakan keyword ‘kelas tuisyen percuma’ dan website kelastuisyenpercuma.com mendapat ranking nombor 1 dalam google search. Tak perlu lagi gunakan google ads disebabkan berada di ranking nombor 1 dan pastinya pelanggan akan klik untuk dapatkan info lagi.

    Sebab itu, pentingnya pengusaha bisnes untuk gunakan teknik pemasaran online secara SEO.

    Sekiranya tak pasti macamana nak naikkan ranking dalam google search, anda boleh dapatkan konsultansi secara PERCUMA tentang SEO disini

    Dengan gunakan teknik yang betul, anda boleh mencapai ranking seperti gambar di atas.


    Bagaimana cara kerja SEO bergerak?

    SEO bertujuan untuk membolehkan pengguna mendapatkan maklumat yang diinginkan di search engine dengan kata kunci tertentu. Cara bagaimana proses berlaku adalah :-

    1) Crawling

    Bots akan crawl dan mencari maklumat yang relevan dan sesuai dengan apa yang pengguna inginkan ke dalam website anda. Mereka akan cari maklumat atau link yang ada dalam website anda. Selepas jumpa maklumat konten yang relevan dan sesuai, mereka akan kumpulkan data tersebut.

    2) Index

    Selepas kumpul data, bots akan masukkan maklumat atau data ke dalam fail google (Index).

    Anda juga boleh menyuruh bots ni dengan beritahu “hey…ini maklumat penting saya dalam website..tolong masukkan data dalam fail indexing” melalui CARA INI

    3) Ranking

    Selepas masuk ke dalam fail google (index), google akan menapis, menyesuaikan konten dan ranking konten maklumat anda mengikut kata kunci yang ditaip oleh pengguna.

    ….

    Lihat video dibawah bagaimana proses google search ini berlaku?


    Apa jenis SEO yang ada?

    Ada 3 jenis SEO iaitu :-

    • Onpage seo
    • Teknikal seo (Ada juga sumber mengatakan teknikal SEO juga adalah onpage SEO)
    • Offpage seo

    Onpage SEO

    Anda optimize kan seo dalam website anda sendiri di internet dengan menggunakan kata kunci yang sesuai.

    Anda perlu pastikan konten website anda relevan dan berikan “user experience” yang lebih baik kepada pelanggan anda yang masuk ke website anda.

    Baca Lagi

    Teknikal SEO

    Teknikal SEO pula adalah optimize kan website anda untuk mudahkan bots crawl dan mengumpul data (indexing) dari website anda.

    Ia juga optimizekan infrastruktur website anda.

    Offpage SEO

    Offpage SEO adalah aktiviti-aktiviti internet lain yang membantu menaikkan bisnes anda dalam google search. Antara aktiviti adalah seperti sosial media, Local SEO (Google My Business), Content Marketing, Link Building, Events, Podcast dan sebagainya.

    Cuba anda bayangkan, anda menulis konten blog yang manfaat dan relevan, kemudian pembaca rasa bermanfaat dan share konten blog anda dengan letakkan link di media sosial atau di website mereka sendiri. Ia secara tak langsung telah membina backlink untuk website anda. Backlink adalah salah satu cara dalam offpage SEO.

    Media sosial perlu wajib anda terus update dan terus engage bersama followers serta letakkan link website anda selalu di sosial media, agar ramai orang klik dan share.


    Kesimpulan tentang SEO

    SEO : Menaikkan ranking website anda dalam Search Engine secara organic dan free.

    Onpage Seo : Optimizekan dalam website anda sendiri
    Teknikal SEO : Optimizekan website untuk mudahkan bots crawling dan indexing
    Offpage SEO : Optimizekan bisnes anda di internet yang bukan dari website anda

    Anda juga boleh dapatkan SEO konsultansi secara PERCUMA dari kami. Apa yang anda peroleh secara PERCUMA.

    • Senarai Keyword untuk website anda
    • Laporan SEO website anda
    • SEO Audit

    Info Lanjut Untuk SEO Konsultansi PERCUMA

    seo cara kerja