Tag: seo servis malaysia

  • Cara Buat Asas SEO Guna Website WordPress

    Cara Buat Asas SEO Guna Website WordPress

    Kenapa Asas SEO WordPress Sangat Penting?

    Sebelum anda publish website, perkara akhir anda perlu buat adalah SETUP SEO

    Baca Artikel : Apa Itu SEO

    Sebelum kita setup satu perkara wajib yang anda perlu faham ialah asas SEO.

    SEO (Search Engine Optimization) ialah proses untuk bantu website anda muncul di Google, bila orang cari servis atau maklumat yang berkaitan dengan bisnes anda.

    Masalah biasa yang saya selalu jumpa:

    • Website cantik tapi tak ada trafik
    • Artikel dah banyak, tapi tak rank
    • Dah buat SEO plugin, tapi tak faham apa yang perlu dibuat

    Dalam artikel ini, saya akan tunjukkan cara buat asas SEO guna website WordPress, langkah demi langkah, sesuai untuk beginner.


    1. Faham Dulu Cara Google Nilai Website Anda

    Sebelum sentuh plugin atau setting teknikal, anda kena faham bagaimana Google berfikir.

    Google akan tanya 3 soalan utama:

    1. Website ini tentang apa?
    2. Adakah content ini relevan dengan carian pengguna?
    3. Adakah website ini boleh dipercayai & senang digunakan?

    SEO bukan lagi tentang:
    ❌ Spam keyword
    ❌ Copy paste artikel
    ❌ Main backlink saja

    SEO sekarang fokus kepada:

    • Struktur yang jelas
    • Content yang jawab soalan pengguna
    • User experience yang baik

    Kalau asas ni salah, plugin SEO pun tak boleh tolong.


    2. Setup Asas WordPress

    a) Tukar Permalink Kepada SEO-Friendly

    Masuk:
    Dashboard WordPress Settings → Permalinks

    Pilih:

    Post name
    

    ❌ Salah:

    website.com/?p=123
    

    ✅ Betul:

    website.com/cara-masak-ayam-goreng-kfc
    

    URL yang kemas bantu:

    • Google faham topik page
    • Pengguna lebih yakin untuk klik
    https://wordpress.org/documentation/files/2022/11/wordpress-permalink-settings.png

    b) Tetapkan Site Title & Tagline Dengan Betul

    Masuk:
    Settings → General

    Contoh:

    • Site Title: Most Trusted Digital Marketing in Malaysia
    • Tagline: Help entrepreneur to increase sales and leads

    Ini antara signal paling awal Google baca tentang website anda.

    https://wordpress.org/documentation/files/2018/11/760px-options-general.png

    c) Pastikan Website Boleh Diindeks Google

    Masuk:
    Settings → Reading

    Pastikan:
    Discourage search engines from indexing this site
    (tidak ditanda) (Kosongkan)

    Kesilapan ni sangat biasa — ramai tak sedar website mereka blocked dari Google.

    https://wordpress.org/documentation/files/2021/06/options-reading.png

    3. Pasang Plugin SEO

    Plugin SEO bantu strukturkan SEO, bukan buat SEO secara automatik.

    Antara plugin popular:

    Apa yang plugin dapat bantu secara asas:

    • Title & meta description
    • Sitemap XML
    • Struktur heading
    • Basic schema

    Kesilapan biasa
    Ramai ingat bila dah hijau semua indikator = SEO dah power.

    Hakikatnya:

    Plugin SEO hanya alat. Content & struktur masih penentu utama.

    Ketahui apa yang Yoast Plugin SEO provide untuk FREE Version


    4. Buat Keyword Research

    SEO bermula dengan keyword yang betul, bukan keyword yang sedap bunyi.

    Contoh salah ❌

    • Servis
    • Kedai
    • Perniagaan
    • Murah
    • Profesional

    (terlalu umum, tak jelas apa servis sebenar)

    Contoh betul ✅

    • servis cat rumah Selangor
    • upah tukang paip berpengalaman
    • kontraktor ubah suai dapur
    • servis pasang lampu rumah
    • tukang baiki bumbung bocor

    Tips ringkas:

    • Pilih keyword yang orang memang cari
    • Fokus keyword niat beli / niat belajar
    • Jangan target keyword terlalu umum

    Untuk beginner:

    • Guna Google search suggestion
    • Guna “People Also Ask”
    • Guna tools asas seperti Ubersuggest (jika ada)

    5. Struktur Artikel SEO Yang Betul Dalam WordPress

    Ini bahagian paling ramai buat salah.

    Struktur Minimum Artikel SEO

    • H1 – Tajuk utama (1 sahaja)
    • H2 – Subtopik utama
    • H3 – Pecahan isi

    Contoh:

    H1: Cara Pilih Servis Ubah Suai Rumah Yang Betul
      H2: Kenapa Pemilihan Kontraktor Sangat Penting
        H3: Risiko Salah Pilih Kontraktor
        H3: Kelebihan Kontraktor Berpengalaman
    
    H1: Cara Buat Tempahan Katering Untuk Majlis
      H2: Kenapa Perlu Pilih Katering Berkualiti
        H3: Katering Majlis Kahwin
        H3: Katering Majlis Korporat
    

    Kenapa struktur penting?

    • Google scan content ikut heading
    • AI & featured snippet lebih mudah “petik”
    • Pembaca senang faham & baca lama
    https://s47434.pcdn.co/wp-content/uploads/2023/06/How-to-Build-an-SEO-Content-Template.jpg

    6. Letak Keyword Di Tempat Yang Betul (Bukan Spam)

    Lokasi penting keyword:

    • Tajuk (H1)
    • Perenggan pertama
    • URL
    • Subheading (H2/H3)
    • Meta description

    ❌ Salah:

    Ulang keyword 20 kali tanpa konteks

    ✅ Betul:

    Guna keyword secara natural & relevan

    SEO 2026:

    Lebih penting jawab soalan, bukan ulang perkataan.

    Contoh Keyword yang SPAM!


    7. Gambar, Video & Internal Link Untuk Kuatkan SEO

    a) Gambar

    Minimum:

    • 1–3 gambar setiap artikel

    Fungsi:

    • Tambah masa pembaca di page
    • Bantu visual faham isi
    • Boleh muncul di Google Image

    b) Video

    Contoh:

    • Embed video YouTube
    • Screen recording tutorial

    Kesan SEO:

    • Kurangkan bounce rate
    • Naikkan engagement
    • AI & Google suka content multimedia

    c) Internal Link

    Linkkan:

    • Artikel lama → artikel baru
    • Artikel baru → servis / page penting

    Internal link bantu:

    • Google crawl website
    • Sebarkan authority
    • Naikkan ranking page lain

    Asas SEO WordPress Yang Ramai Abaikan

    SEO bukan magic.
    SEO bukan trick.
    SEO ialah asas yang konsisten.

    Kalau anda buat:

    • Struktur website betul
    • Keyword yang tepat
    • Content yang jelas & membantu
    • Website laju & kemas

    Ranking akan datang secara natural.

    Kalau anda baru bermula:

    Jangan kejar teknik advanced dulu. Betulkan asas — hasil akan ikut.

    Tamat sudah cara bagaimana buat asas seo di website selepas siap website.

    Selepas siap website anda WAJIB letakkan di Google Analytics 4 dan Google Search Console.

    Saya ada kongsikan artikel bagaimana nak letak Google Analytics 4


    Ini adalah sebahagian ASAS SEO sahaja untuk mudahkan Google membaca website anda. Untuk ketahui lagi tentang bagaimana nak rank Google dan traffik secara tak langsung. Sila baca lagi artikel tentang On-Page SEO dan Teknikal SEO

  • 7 Elemen Teknikal SEO yang Boleh Meningkatkan Prestasi & Ranking Website Anda

    7 Elemen Teknikal SEO yang Boleh Meningkatkan Prestasi & Ranking Website Anda

    Apa Itu Teknikal SEO & Kenapa Ia Sangat Penting?

    Teknikal SEO ialah salah satu komponen paling penting dalam SEO optimization yang sering diabaikan oleh pemilik bisnes dan pemilik website. Ramai fokus pada content dan keyword, tetapi lupa bahawa tanpa struktur teknikal yang betul, Google mungkin tidak boleh membaca website anda dengan sempurna.

    Ringkasnya, teknikal SEO memastikan website anda mesra Google, pantas diakses, selamat, dan mudah di-crawl serta di-index. Walaupun anda mempunyai artikel terbaik di dunia, jika teknikal SEO lemah, ranking tetap sukar naik.

    Dalam artikel ini, saya akan terangkan:

    • Apa maksud teknikal SEO
    • Apa yang SEO optimization sebenarnya buat
    • Bagaimana teknikal SEO membantu improve website anda
    • Elemen teknikal SEO yang paling penting untuk ranking Google

    Apa Itu Teknikal SEO?

    Teknikal SEO merujuk kepada proses mengoptimumkan aspek teknikal sesebuah website supaya enjin carian seperti Google dapat crawl, index, dan faham kandungan website dengan lebih efisien.

    Berbeza dengan:

    • On-Page SEO → fokus pada content & keyword
    • Off-Page SEO → fokus pada backlink & authority

    Teknikal SEO fokus pada struktur dan sistem website itu sendiri.

    Antara objektif utama teknikal SEO ialah:

    • Memudahkan Google bot membaca website
    • Memastikan semua halaman boleh diakses
    • Meningkatkan kelajuan website
    • Menjamin keselamatan dan pengalaman pengguna

    Apa Itu SEO Optimization Secara Keseluruhan?

    SEO optimization ialah proses menyeluruh untuk meningkatkan visibility website di Google supaya:

    • Lebih mudah ditemui
    • Mendapat trafik berkualiti
    • Menjana lebih banyak leads & sales

    SEO optimization biasanya merangkumi:

    1. Teknikal SEO
    2. On-page SEO
    3. Content optimization
    4. Off-page SEO

    Tetapi teknikal SEO ialah asas kepada semua komponen ini.
    Jika asas rosak, strategi lain akan jadi kurang berkesan.


    Kenapa Teknikal SEO Sangat Penting untuk Website?

    Google menggunakan ribuan signal untuk menentukan ranking, dan banyak signal ini datang daripada teknikal SEO.

    Antara kesan jika teknikal SEO tidak dijaga:

    • Website lambat → ranking jatuh
    • Page tak di-index → tak muncul di Google
    • Struktur salah → Google keliru
    • Mobile experience teruk → trafik drop

    Sebaliknya, teknikal SEO yang baik:

    • Mempercepatkan website
    • Meningkatkan crawl budget
    • Membantu ranking keyword lebih stabil
    • Meningkatkan conversion rate

    1. Kelajuan Website (Page Speed Optimization)

    Kelajuan website ialah antara faktor ranking rasmi Google.

    Jika website anda:

    • Ambil lebih 3 saat untuk load
    • Berat dengan image & script
    • Hosting perlahan

    -> Pengguna akan keluar sebelum membaca content.

    Bagaimana Teknikal SEO Membantu?

    • Compress image
    • Minify CSS & JavaScript
    • Guna caching
    • Pilih hosting yang betul

    Website yang pantas = pengalaman pengguna lebih baik = ranking lebih tinggi.


    2. Mobile-Friendly & Responsive Design

    Lebih 70% carian Google datang dari mobile.
    Google juga menggunakan mobile-first indexing.

    Jika website anda:

    • Susah dibaca di telefon
    • Button kecil
    • Layout berterabur

    -> Ranking akan terjejas.

    Peranan Teknikal SEO:

    • Pastikan responsive design
    • Font & spacing sesuai
    • Navigation mesra mobile

    3. Struktur URL yang SEO-Friendly

    URL yang baik membantu Google dan pengguna faham kandungan page.

    ❌ Contoh URL buruk:
    website.com/page?id=123

    ✅ Contoh URL SEO-friendly:
    website.com/teknikal-seo

    Teknikal SEO memastikan:

    • URL ringkas
    • Guna keyword relevan
    • Tiada duplicate URL

    4. Crawlability & Indexing

    Google menggunakan bot untuk crawl dan index website.

    Masalah biasa:

    • Page penting tidak di-index
    • Blocked oleh robots.txt
    • Noindex tersalah letak

    Teknikal SEO akan:

    • Semak robots.txt
    • Pastikan sitemap XML betul
    • Elak halaman penting tersembunyi

    Jika Google tak boleh crawl, ranking mustahil naik.


    5. Struktur Heading & HTML yang Betul

    Heading membantu Google faham hierarki content.

    Susunan ideal:

    • H1 → tajuk utama
    • H2 → subtopik
    • H3 → penerangan lanjut

    Teknikal SEO memastikan:

    • H1 hanya satu
    • Heading tersusun
    • Tiada heading lompat

    6. Keselamatan Website (HTTPS & SSL)

    Google memberi keutamaan kepada website yang selamat.

    Jika website anda masih HTTP:

    • Google paparkan “Not Secure”
    • Pengguna kurang percaya
    • Conversion menurun

    Teknikal SEO memastikan:

    • SSL dipasang
    • HTTPS aktif sepenuhnya
    • Tiada mixed content

    7. Technical Errors & Website Health

    Antara isu teknikal yang sering berlaku:

    • 404 errors
    • Broken links
    • Redirect salah
    • Duplicate content

    Teknikal SEO akan:

    • Audit error website
    • Baiki redirect
    • Bersihkan page rosak

    Website “sihat” lebih mudah ranking.

    Lihat skor website untuk anda ketahui samada “sihat” atau tidak disini.


    Bagaimana Teknikal SEO Improve Prestasi Website Anda?

    Apabila teknikal SEO dilakukan dengan betul, anda akan nampak:

    ✅ Website lebih laju
    ✅ Ranking keyword lebih stabil
    ✅ Trafik organik meningkat
    ✅ Bounce rate menurun
    ✅ Conversion naik (leads & sales)

    Ini bukan teori — ini data sebenar dari Google Analytics & Search Console.


    Kesilapan Besar Pemilik Website Tentang Teknikal SEO

    Ramai sangka:

    • “Website cantik dah cukup” ❌
    • “SEO cuma keyword & artikel” ❌
    • “Teknikal SEO sekali setup je” ❌

    Hakikatnya: Teknikal SEO perlu dipantau dan di maintain secara kerap dan berkala.


    Perlukah Anda Buat Teknikal SEO Secara Berkala?

    Jawapan ringkas: YA

    Sebab:

    • Google update algoritma
    • Plugin & theme berubah
    • Content bertambah
    • Error boleh muncul bila-bila masa

    -> Sebab itu servis SEO profesional biasanya ada SEO maintenance bulanan. Lihat servis yang ditawarkan.

    Baca Lagi : Kos SEO Servis


    Teknikal SEO Adalah Asas SEO Optimization

    Jika anda serius mahu:

    • Website muncul di Google
    • Dapat trafik berkualiti
    • Kalahkan pesaing

    -> Teknikal SEO bukan pilihan — ia keperluan.

    SEO optimization tanpa teknikal SEO ibarat bina rumah tanpa asas.
    Nampak cantik, tapi mudah runtuh.

    Lihat skor website SEO anda

  • 9 Tanda Bisnes Anda Perlukan SEO Dengan Segera

    9 Tanda Bisnes Anda Perlukan SEO Dengan Segera

    Ramai pemilik bisnes di Malaysia masih belum sedar bahawa SEO (Search Engine Optimization) adalah nyawa kepada trafik website.

    Kalau anda perasan website semakin kurang visitor, ranking mula jatuh, atau iklan makin mahal — itu petanda kuat bisnes anda perlukan SEO sekarang juga. Boleh semak di Google Analytics atau Google Search Console

    SEO bukan sekadar teknik, tetapi strategi jangka panjang untuk memastikan bisnes anda sentiasa muncul di Google, dapat trafik berkualiti, dan akhirnya menjana lebih banyak pelanggan tanpa bayar ribu-ribu untuk ads.

    Dalam artikel ini, saya akan kongsikan 9 tanda paling kritikal yang menunjukkan bisnes anda perlu tindakan SEO segera. Ini adalah tanda-tanda yang saya lihat sendiri sepanjang menguruskan SEO untuk pelbagai klien — daripada SME, eCommerce, hinggalah korporat.


    1. Website Anda Tak Muncul Di Google (Atau Muncul Page 5 ke Bawah)

    Ini tanda paling obvious — tapi ramai owner tak check.

    Cuba search nama brand anda sendiri.
    Kalau:

    • website tak muncul
    • muncul tapi ranking jauh
    • atau Google hanya paparkan Facebook page, bukan website

    …itu bermaksud Google tak percaya pada website anda.

    Masalah ini biasanya berlaku kerana:
    ❌ Tiada SEO asas
    ❌ Website lambat
    ❌ Tiada meta title & meta description
    ❌ Tiada backlink
    ❌ Kandungan nipis & tidak berkualiti

    Kalau brand sendiri pun tak naik, macam mana nak rank keyword lain?


    2. Trafik Website Makin Menurun Setiap Bulan

    Jika anda buka Google Analytics dan nampak graf makin menurun, itu bukan kebetulan.

    Ini tanda bahawa:

    • pesaing anda sedang buat SEO
    • ranking keyword anda jatuh
    • Google dah makin “tidak percaya” pada website anda
    • content anda outdated
    • teknikal SEO bermasalah

    SEO membantu anda rebut balik ranking yang hilang dan hentikan “kehilangan trafik” yang berterusan.


    3. Kos Iklan Semakin Mahal, Tapi Hasil Sama Atau Menurun

    Ini antara punca ramai owner bisnes beralih kepada SEO.

    Facebook ads, Google Ads dan TikTok Ads — semuanya makin mahal.

    Kalau sebelum ini RM10 boleh dapat 1 lead, sekarang mungkin RM20–RM40.
    SEO pula memberi trafik tanpa perlu bayar per klik, malah meningkat dari masa ke masa.

    Bisnes yang bergantung 100% pada ads akan:
    ❌ mudah rugi
    ❌ mudah terputus traffic
    ❌ terlalu bergantung pada bajet

    SEO bagi anda trafik percuma setiap hari.


    4. Banyak Pelanggan Cari Bisnes Anda Tapi Jumpa Pesaing

    Serius — ini sakit hati.

    Customer nak cari produk anda… tapi Google tunjuk website pesaing.

    Contoh:
    “servis pasang kabinet dapur shah alam”
    “kursus digital marketing malaysia”
    “kedai repair aircond dekat sini”

    Kalau nama anda tak muncul, mereka akan klik pesaing.

    Dengan SEO, anda boleh “rampas” semula tempat itu.


    5. Website Lambat Dibuka & Bukan Mobile-Friendly

    Google utamakan website yang:

    ✔ laju
    ✔ mesra telefon
    ✔ ringan
    ✔ tak penuh dengan script pelik

    Kalau website anda:
    ❌ ambil masa lebih 5–7 saat nak loading
    ❌ layout pecah bila buka di phone
    ❌ gambar besar tak compress
    ❌ hosting slow

    Maka Google akan turunkan ranking anda.
    Pengguna pun akan terus keluar sebelum website load sepenuhnya.

    SEO akan optimize speed, gambar, caching, dan struktur website agar lebih mesra Google & pengguna.

    Nak semak kelajuan website anda boleh semak disini


    6. Kandungan Website Tidak Teratur & Tidak Ada Struktur Heading

    Google analisis content anda berdasarkan:

    • H1
    • H2
    • H3
    • Keyword placement
    • Topik utama
    • Panjang content
    • Relevancy
    Heading Structure

    Kalau website hanya ada 2–3 ayat ringkas, atau semua heading salah, content nipis… Google anggap website anda tak berkualiti.

    SEO membantu anda bina content yang:
    ✔ berkualiti
    ✔ dioptimumkan keyword
    ✔ ada intent pengguna
    ✔ mudah Google faham

    Ini antara faktor paling besar naikkan ranking.


    7. Pesaing Anda Tiba-Tiba Naik Ranking Dengan Cepat

    Kalau anda perasan pesaing yang dulu biasa-biasa… tiba-tiba naik page 1?

    Jangan pelik.

    Mereka mungkin:

    ✔ dah hire pakar SEO
    ✔ sedang buat content plan
    ✔ sedang bina backlink
    ✔ sedang optimize website setiap bulan

    Dalam dunia SEO, siapa mula dulu, dia menang.
    Lagi lama anda tunggu, lagi susah nak kejar pesaing.


    8. Anda Tak Pernah Buat SEO, Audit Website, atau Tahu Ranking Keyword Sendiri

    Ini tanda yang paling banyak berlaku.

    Ramai pemilik bisnes tak tahu:

    • keyword apa mereka rank
    • keyword apa pesaing rank
    • berapa trafik organik masuk
    • apa faktor yang menurunkan ranking
    • apa masalah technical SEO

    Ini menyebabkan anda:
    ❌ hilang pelanggan setiap hari tanpa sedar
    ❌ bergantung 100% pada ads
    ❌ tak dapat growth jangka panjang

    SEO bukan pilihan, tetapi asas digital marketing moden.


    9. Anda Mahu Bisnes Grow Tapi Budget Ads Tak Boleh Naik

    SEO adalah cara paling stabil untuk:

    ✔ tambah trafik
    ✔ tambah leads
    ✔ tambah sales
    ✔ tanpa naikkan kos ads

    Bayangkan jika anda boleh dapat:

    • 500 trafik organik sebulan
    • 1,000 trafik organik
    • 5,000 trafik organik

    Tanpa bayar RM1 pun setiap kali orang klik.

    Itulah kekuatan SEO.


    Bagaimana Pakar SEO Boleh Bantu Bisnes Anda?

    Seorang pakar SEO akan bantu anda:

    ✓ Buat audit penuh website

    Dari technical, speed, content, backlink, dan ranking.

    ✓ Mencari keyword yang paling profitable

    Bukan keyword suka-suka.

    ✓ Baiki technical SEO

    SSL, sitemap, robots.txt, speed, mobile-friendly, schema.

    ✓ Tulis content SEO yang berkualiti

    Sesuai untuk page utama & blog.

    ✓ Bina backlink berkualiti

    Untuk naikkan authority website.

    ✓ Pantau ranking setiap minggu

    Untuk pastikan anda sentiasa naik, bukan turun.

    ✓ Tingkatkan conversion

    Supaya visitor jadi pelanggan.

    Ini semua ambil masa — sebab itu anda perlukan pakar.


    Bila Masa Yang “Paling Betul” Untuk Buat SEO?

    Sekarang.
    SEO ambil masa 3–5 bulan untuk mula nampak hasil.
    Lagi lewat anda mula, lagi lama anda kalah kepada pesaing.




    Kalau anda serius nak naikkan ranking website, dapatkan audit SEO percuma dari saya.
    Saya akan tunjuk semua masalah website anda dan cara untuk baikinya.