Berapa Upah Servis Bina Website?

Bacaan selama 2 minit

Dengan dunia era digital sekarang yang semakin berkembang, website adalah penting buat semua pengusaha bisnes untuk masukkan info perniagaan, produk, servis, cara pembelian dan sebagainya.

Tetapi tak semua pengusaha bisnes “Ada Masa” untuk buat website dan tak semua tahu buat website, sebab itu mereka mencari sesiapa yang boleh bantu dan beri upah servis bina website.

Kepada siapa nak cari upah website? Anda boleh search sahaja di google upah bina website atau servis bina website dan pastinya anda jumpa sesiapa yang tahu buat website.

Orang yang tahu buat website digelar Web Developer atau Web Designer. Anda juga boleh dapatkan upah bina website dari syarikat atau agensi yang memang khusus membuat website.

Anda boleh sertai group facebook : Kedai Kopi WordPress atau Web Designer Malaysia untuk dapatkan web designer yang bantu anda buat website.

Namun, ramai yang tanya

Berapakah harga upah servis website ni sebenarnya?

Ok, untuk menjawab persoalan tentang ni, banyak yang perlu kami tahu apakah requirement yang anda perlukan untuk buat website seperti contoh :-

  • Berapa page website
  • Website jenis macamana (Contoh : website landing page ke, website company ke dsb)
  • Ada customer akan buat pembayaran ke
  • Berapa anggaran/sasaran pelanggan akan masuk dalam website
  • Domain yang digunakan atau dah ada domain atau hosting/server
  • Warna dan bahasa website
  • Contoh website lain yang anda suka
  • Berapa produk/servis bisnes anda
  • Ada cawangan?

Dan sebagainya. Semua soalan itu juga bergantung kepada web designer sendiri untuk fahamkan apakah requirement yang anda inginkan SEBELUM kami keluarkan sebut harga berapa upah servis website.

Lagi bagus,

….

sekiranya anda dah ada design sendiri atau struktur sendiri guna powerpoint ke atau microsoft word ke untuk terangkan kepada web designer contoh website yang anda inginkan.

Harga upah servis website juga mungkin berbeza dengan web designer yang lain bergantung kepada pengalaman, berapa banyak kerja yang dihasilkan, masa dan requirement tadi.

TETAPI

..

Sekiranya anda ingin tahu juga anggaran berapa upah kos servis website adalah :-

  • Bermula RM900 untuk landing page
  • Bermula RM1500 untuk website profil perniagaan atau yang berkaitan
  • Bermula RM2500 untuk website e-Commerce atau yang berkaitan
  • Bermula RM4500 untuk website ada banyak fungsi dan tambahan fungsi-fungsi lain

Harga juga boleh mencecah 5 atau 6 angka sekiranya ingin website projek yang memerlukan fungsi dan ruang yang besar

Disclaimer : Harga di atas adalah sebagai rujukan sahaja dan tidak semestinya adalah sama pada semua web designer atau mana-mana syarikat yang menjalankan servis bina website. Harga mungkin berbeza dan lebih rendah/tinggi mengikut kepakaran dan pengalaman web designer atau syarikat itu sendiri.


Sekiranya anda mencari servis upah bina website untuk bisnes anda, boleh juga hubungi kami untuk dapatkan sebut harga berapa upah harga website atau klik untuk info lanjut tentang upah bina website.

Sila Share

Leave a Reply

Your email address will not be published.