Berapa Harga Servis SEO di Malaysia?

harga seo

Berapa Harga Servis SEO Sebenarnya?

Bila sahaja website dah siap…

Inilah masanya untuk kita menaikkan ranking dan traffik secara ORGANIK dengan menggunakan kaedah SEO (Search Engine Optimization)

Baca : Apa itu SEO

Antara soalan-soalan yang biasa dapat dari pemilik website atau pemilik bisnes?

  • Berapa harga SEO?
  • Boleh sediakan pakej SEO?
  • Kenapa SEO bulanan?
  • Ohh, SEO bukan one time setup je ya?

Jom saya kupaskan kepada semua jawapan di atas berapa harga SEO dan apa yang kami buat pada website anda?


Apa Sebenarnya Kami Buat Dalam SEO?

Ramai orang ingat SEO ni satu benda je: Masuk keyword → tunggu → naik ranking

Realitinya, SEO bukan sekadar masukkan keyword sahaja tapi ialah proses yang berterusan.

Secara ringkas, kerja SEO profesional biasanya merangkumi:

1. Keyword Research

Bukan sekadar cari keyword volume tinggi, tapi:

  • Keyword yang orang betul-betul search
  • Keyword yang boleh convert jadi pelanggan
  • Keyword yang realistik untuk rank

Contoh:

Mungkin “harga upah tukang urut”
lebih bernilai berbanding
“Macamana nak urut badan belakang?”


2. Technical SEO

Ini termasuk:

  • Website speed
  • Struktur heading (H1, H2, H3..)
  • Mobile friendliness
  • Indexing & crawlability
  • Error 404, redirect, sitemap

Baca lagi : Apa itu Teknikal SEO

Kalau website slow & teknikal bermasalah,
content terbaik pun Google susah nak tolak ke atas.


3. On-Page SEO

Antara yang dibuat:

  • Optimasi title & meta description
  • Susunan content ikut search intent
  • Internal linking
  • Optimasi gambar & video
  • Keyword placement yang natural

Baca : Apa itu On-Page SEO

Ini yang buat Google faham topik website anda.

apa itu seo

4. Content SEO (Bukan tulis sekadar tulis dalam word sahaja)

Artikel SEO yang baik:

  • Jawab soalan sebenar user (Antara tools kami guna Answer The Public)
  • Panjang & mendalam (bukan 300 patah perkataan tapi lebih lagi)
  • Ada struktur yang kemas
  • Bukan sekadar ulang keyword

Ada tekniknya untuk memastikan artikel kita naik atas

SEO content = aset jangka panjang bisnes

Servis Artikel ni mesti ada! Dalam pakej SEO


5. Monitoring, Tracking & Improvement

SEO bukan set sekali lepas tu tinggal je..

Setiap bulan kami:

  • Track ranking keyword
  • Analisis traffic
  • Lihat page mana perform & mana tak
  • Adjust strategi
  • Analisis pesaing (competitor)

SEO ni macam “gym” untuk website — kena konsisten sama juga macam kita pergi gym nak bina badan kita..buat sekali tak jadi naik otot..

build muscle

Ini lagi antara senarai kerja SEO yang kami lakukan :

SEO Initial Review & Analysis

  • Website review
  • Duplicate content checking
  • Backlink Audit
  • Competitor research
  • Keyword research
  • Keyword URL mapping
  • Current Keywords Ranking Report
  • On-Page Optimization

Website Analysis

  • Landing page analysis
  • Title Tag Optimization
  • Meta Description Optimization
  • Content Optimization
  • Header Text Optimization
  • Image Optimization

Teknikal SEO

  • Canonicalization / 301 redirects
  • Robots.txt creation & Optimization
  • Sitemap creation and Optimization
  • Site Responsiveness Analysis
  • Permalink Analysis (URL)
  • Schema Markup Analysis
  • Page Loading Speed Analysis
  • Tools Implementation

Local SEO

  • Google My Business Page Setup & Verification
  • Customer Reviews Optimization
  • Local Business Directory / Citation Submission

Lain-lain yang senarai kerja :

Google Search Console Setup
Bing Webmaster Tools Setup
Google Analytics Setup & Integration
Google Analytics Conversion Tracking Setup
Google Analytics Custom Dashboard

seo review

Faktor Yang Menentukan Harga Servis SEO di Malaysia

Ini antara faktor utama 👇

🔹 1. Tahap Persaingan Keyword

  • Keyword lokal (contoh: tukang paip Rawang) → lebih murah
  • Keyword nasional (contoh: SEO Malaysia) → lebih mahal

Lagi ramai pesaing, lagi banyak kerja.


🔹 2. Keadaan Website Sedia Ada

  • Website baru kosong
  • Website lama tapi SEO bersepah
  • Website pernah kena penalti Google

Website “sakit” perlukan lebih banyak rawatan. Jadi kemungkinan perlu “revamp” semula website


🔹 3. Bilangan Keyword Disasarkan

SEO bermula RM1,500 :

  • 5–30 keyword strategik
  • Termasuk keyword sokongan (long-tail)
  • Termasuk keyword berlainan bahasa

🔹 4. Skop Kerja & Komitmen

Adakah servis termasuk:

  • Content writing?
  • Technical fix?
  • Report bulanan?
  • Strategi conversion?

Semakin lengkap → semakin tinggi kos.


Antara Tools SEO Yang Kami Gunakan

Seperti mana pomen ingin membaiki kereta perlukan tools atau plumber perlukan tools untuk membaiki paip air.

car tools

Sama juga kami juga perlukan beberapa tools untuk membaiki website dan SEO anda.

Antara tools-tools yang kami biasa gunakan adalah :

Dan pelbagai lagi

Kadang tak semua kami tools kami guna, kami akan guna tengok mana yang sesuai dan kebiasaan yang biasa kami guna.

Kos tools ini sahaja hampir mencecah RM1,000++ sebulan.

Itu sebab SEO murah biasanya guna tools percuma atau tiada data yang lebih detail untuk kami mengkaji.


Pilihan SEO: Nak Buat Sendiri atau Nak Upah Orang

Pilihan A: Sekiranya nak buat SEO Sendiri

Sesuai jika:

  • Ada masa belajar
  • Suka trial & error
  • Website kecil
  • Tak kisah lambat sikit

Kos:

  • Tools
  • Masa
  • Learning curve

Risiko:
Salah setup → ranking tak naik atau jatuh

Anda juga boleh belajar SEO dari Google Search Console


Pilihan B: Upah Servis SEO Profesional

Sesuai jika:

  • Fokus nak grow bisnes
  • Nak hasil konsisten
  • Nak elak silap teknikal

Kos:

  • Bermula RM1,500 – RM3,000 dan ke atas sebulan (standard Malaysia)

Kelebihan:

  • Strategi jelas
  • Jimat masa
  • Lebih selamat jangka panjang

Baca dulu Tips Hire SEO oleh Google dan tonton video dari Google tentang Tips Hire SEO


Kenapa Harga SEO Biasanya Bulanan?

SEO BUKAN:

  • Design logo (siap sekali)
  • Buat website (siap lepas launch)

SEO ialah:

  • Persaingan berterusan
  • Algorithm Google sentiasa berubah
  • Pesaing sentiasa improve

Sebab itu SEO biasa dibuat:

  • Kontrak 3 bulan minimum
  • Kontrak 6 bulan
  • Kontrak 12 bulan

Harga SEO Standard di Malaysia

Berdasarkan pasaran terkini:

PakejAnggaran Harga
Basic SEOBermula RM1,500 / bulan
Standard SEORM2,000 – RM3,000 / bulan
Aggressive / CompetitiveRM4,000++ / bulan ke atas

⚠️ Berhati-hati dengan harga RM1000 ke bawah selalunya:

  • Tiada strategi (Just simple setup SEO, tiada strategi berterusan bagaimana nak naikkan ranking ikut keyword)
  • Tiada content berkualiti (Artikel yang biasa-biasa dan tiada teknikal SEO dalam artikel)
  • Tiada jaminan data
  • Tiada pemantauan keyword yang kerap tentang website anda

Sebelum nak ambil upah SEO, baca dulu Tips Hire SEO oleh Google.


Tentang “Jaminan” Dalam SEO — Ini Yang Anda Perlu Tahu

Soalan popular:

“Boleh jamin ranking #1 ke?”

Jawapan : Tiada siapa boleh jamin ranking #1 secara mutlak.

Even Google sendiri pun tak bagi jaminan yang confirm boleh ranking #1 sentiasa.

Apa yang boleh dijamin oleh SEO :

  • Proses yang betul
  • Strategi berdasarkan data dan keyword
  • Improvement trafik & visibility
  • Laporan telus
  • Top 10 dalam Page Google search

Kalau ada yang janji:

“Ranking nombor satu di Page 1 dalam 7 ke 14 hari” (Cepat pula tu)

🚩 Red flag BESAR.


Jadi, Berbaloi Ke Upah SEO?


YA, kalau SEO dibuat dengan betul.

Satu keyword yang rank:

  • Boleh bawa lead berterusan
  • Tak perlu bayar iklan setiap klik
  • Jadi aset jangka panjang

Bila mana lead berterusan atau sales berterusan anda dah mungkin tak perlu run google ads lagi atau meta ads.

SEO bukan kos. (Macam Google Ads atau FB Ads) tapi SEO ialah PELABURAN


Dah sedia nak buat pelaburan ke atas website anda?

Kalau anda sedang banding harga servis SEO di Malaysia, jangan fikirkan:

“Yang mana paling murah?”

Boleh tanya:

“Boleh dapatkan pakej SEO dan apa yang anda buat?”

“Boleh dapatkan portfolio atau apa niche yang pernah buat?”

SEO yang betul:

  • Tak cepat
  • Tak instant
  • Tapi sangat berbaloi bila jadi

Kalau nak, saya boleh bantu:

  • Audit SEO website anda
  • Terangkan lagi tentang SEO

PERCUMA Sahaja. Boleh hubungi saya.

Comments

Leave a Reply