Author: Afiq Ibrahim

  • Apa Beza Artikel SEO Dan Artikel Biasa Dalam Website

    Apa Beza Artikel SEO Dan Artikel Biasa Dalam Website

    Artikel Ada Banyak, Tapi Website Masih Tak Naik Rank dan Traffik?

    Ini situasi yang sangat biasa berlaku pada website bisnes.

    • Artikel dah tulis banyak
    • Topik pun nampak menarik
    • Bahasa pun cantik

    Tapi…

    • Trafik Google tak naik
    • Tak muncul di page 1
    • Lead hampir tiada

    Masalahnya selalunya bukan pada usaha menulis,
    tetapi pada jenis artikel yang ditulis.

    Di sinilah bezanya artikel SEO dan artikel biasa. Jadi saya akan terangkan serba sedikit apakah beza artikel yang mengikut SEO dan artikel biasa.


    Apa Itu Artikel Biasa?

    Artikel biasa ialah artikel yang ditulis tanpa strategi SEO.

    Biasanya:

    • Tulis ikut apa yang penulis rasa betul
    • Tiada kajian keyword
    • Tiada struktur heading yang jelas
    • Fokus pada “sedap baca” sahaja

    Artikel jenis ini sesuai untuk:

    • Post Facebook
    • Newsletter
    • Opinion atau cerita pengalaman
    • Content untuk follower sedia ada

    Artikel biasa tak salah, cuma ia bukan direka untuk Google dan tak ada niat untuk naikkan traffik atau ranking.


    Apa Itu Artikel SEO?

    Artikel SEO pula ditulis khas supaya:

    • Google faham topik artikel
    • Artikel muncul di carian Google
    • Tarik trafik organik yang konsisten

    Artikel SEO bukan sekadar panjang, tetapi lengkap, tersusun dan berstrategi.

    Ia direka untuk:

    • Ranking keyword
    • Jawab soalan pengguna
    • Bina authority website
    • Tarik pelanggan berpotensi

    Beza Artikel SEO Dan Artikel Biasa

    Artikel BiasaArtikel SEO
    Tulis ikut idea sendiriTulis ikut data carian
    Tiada keyword researchAda keyword utama & sokongan
    Tiada struktur jelasHeading H1, H2, H3 kemas
    Fokus pembaca sahajaFokus pembaca + Google
    Trafik sementaraTrafik jangka panjang
    Cepat tenggelamBoleh rank bertahun-tahun

    Beza Artikel Biasa dan Artikel SEO


    Kenapa Website Bisnes Sangat Perlukan Artikel SEO?

    1. Artikel SEO Tarik Pelanggan Yang Sedang Mencari

    Bezanya besar di sini.

    Artikel SEO muncul bila orang:

    • Sedang ada masalah
    • Sedang mencari servis
    • Sedang buat perbandingan

    Contoh:

    “servis tulis artikel SEO”
    “harga SEO Malaysia”
    “cara naikkan ranking website”

    Ini trafik yang ada niat pengguna. Pengguna memang sedang mencari.


    2. Artikel SEO Bekerja 24/7 Tanpa Bayar Iklan

    Iklan:

    • Stop bayar → trafik stop

    Tapi Artikel SEO pula:

    • Dah rank → trafik jalan sendiri
    • Tak perlu bayar setiap klik
    • Kos jangka panjang jauh lebih rendah

    Satu artikel SEO yang baik boleh: Boleh bawa trafik berbulan-bulan atau bertahun-tahun.


    3. Artikel SEO Bina Kepercayaan & Authority

    Bila website anda:

    • Banyak artikel berkualiti
    • Jawab soalan pelanggan
    • Konsisten muncul di Google

    Secara automatik:

    • Orang lebih percaya
    • Brand nampak pakar
    • Senang convert jadi pelanggan

    Inilah yang dipanggil authority marketing dan ia mematuhi apa yang Google nak iaitu EEAT. Apa itu EEAT?


    Apa Yang Ada Dalam Artikel SEO


    1. Keyword Research

    Artikel SEO tak bermula dengan menulis, tapi bermula dengan kajian keyword.

    Keyword dipilih berdasarkan:

    • Volume carian
    • Niat pengguna (search intent)
    • Tahap persaingan

    Tools yang biasa digunakan termasuk:

    Contoh Kajian Keyword

    Tanpa keyword research, artikel anda mungkin:

    Cantik, tapi tiada siapa cari.


    2. Heading Structure Yang Betul (H1, H2, H3)

    Artikel SEO mesti ada struktur yang jelas:

    • H1 – tajuk utama (1 sahaja)
    • H2 – subtopik penting
    • H3 – huraian sokongan
    heading seo structure

    Kenapa ini penting?

    • Google guna heading untuk faham topik
    • Mudahkan crawling
    • Pembaca senang scan isi

    Artikel tanpa struktur = susah rank.


    3. Gambar & Video Yang Relevan

    Artikel SEO yang kuat biasanya ada:

    • Gambar berkaitan topik
    • Infografik ringkas
    • Video penerangan (jika sesuai)

    Fungsi utama:

    • Kurangkan bounce rate
    • Panjangkan masa di page
    • Tambah signal positif SEO

    Artikel kosong tanpa visual selalunya cepat ditutup.


    4. Internal Link (Inbound Link Dalam Website)

    Artikel SEO akan dihubungkan dengan:

    • Artikel lain dalam website
    • Page servis
    • Page penting bisnes

    Kesan internal link:

    • Google crawl website dengan lebih baik
    • Page servis jadi lebih kuat
    • Struktur website jadi kemas

    Ini perkara kecil yang beri impak besar.


    5. External Link

    Artikel SEO juga akan link ke sumber luar yang relevan:

    • Website autoriti
    • Rujukan industri
    • Tool SEO & data sokongan

    External link bantu Google:

    • Faham konteks topik
    • Nilai kredibiliti artikel

    Artikel SEO bukan “kedekut link”, tapi bijak pilih link.


    Kenapa Artikel SEO Lebih Mahal Dari Artikel Biasa?

    Sebab kerja dia lebih banyak.

    Artikel SEO melibatkan:

    • Kajian keyword
    • Analisis pesaing
    • Struktur SEO
    • Optimasi dalaman
    • Strategi jangka panjang

    Artikel biasa:

    • Tulis → post → selesai

    Artikel SEO:

    • Tulis → optimise→ monitor → improve

    Bezanya macam:

    Poster cantik vs billboard strategik.

    Boleh guna chatgpt kan? Tapi.. dengan syarat prompt yang betul dan still kena improve dan betulkan juga dari chatgpt ni.. Jangan copy bulat2 100% dari chatgpt. Baca sini

    Online marketing

    Berapa Panjang Artikel SEO Yang Sesuai?

    Tiada nombor magic, tapi secara praktikal:

    • Minimum: 800 – 1,000 patah perkataan
    • Ideal: 1,200 – 2,000 patah perkataan

    Yang penting:

    • Jawab soalan pengguna
    • Lengkap
    • Tak meleret tanpa isi

    Artikel SEO Sesuai Untuk Siapa?

    Artikel SEO sangat sesuai untuk:

    • Website bisnes
    • Website servis
    • Agensi
    • Klinik & profesional
    • Personal branding
    • E-commerce & blog niche

    Kalau anda nak:
    – Website yang mendatangkan pelanggan
    – Bukan sekadar cantik

    Artikel SEO adalah asasnya.


    Artikel SEO Bukan Pilihan, Tapi Keperluan

    Artikel biasa bagus untuk bacaan.

    Artikel SEO pula:

    • Bantu website ditemui
    • Bantu bisnes berkembang
    • Bantu kurangkan kos iklan

    Kalau website bisnes anda:

    • Nak trafik konsisten
    • Nak lead berkualiti
    • Nak hasil jangka panjang

    Artikel SEO bukan lagi pilihan, tapi keperluan.


    Mencari Servis Tulis Artikel SEO?

    Kalau anda:

    • Tak cukup masa menulis
    • Nak artikel yang boleh rank
    • Nak trafik Google yang konsisten

    Kami sediakan Servis Tulis Artikel SEO:

    • Keyword research lengkap
    • Struktur heading kemas
    • Internal & external link
    • Gambar & cadangan video
    • Bahasa santai & mesra pembaca
    • Fokus ranking + conversion

    Hubungi kami untuk bincang keperluan artikel SEO website anda


    atau

    Artikel boleh ditulis oleh sesiapa tapi Artikel SEO yang berstrategi, itu yang bezakan website biasa dengan website yang buat sales.

  • Cara Daftar Google Analytics 4 (GA4) Untuk Website WordPress

    Cara Daftar Google Analytics 4 (GA4) Untuk Website WordPress

    Kenapa Perlu Setup Google Analytics 4 (GA4)?

    Jika anda ada website WordPress, sama ada untuk bisnes, blog, landing page atau eCommerce — Google Analytics 4 (GA4) adalah tools paling penting untuk faham tingkah laku pelawat website.

    Dengan GA4, anda boleh tahu:

    • Berapa ramai pelawat masuk website
    • Datang dari mana (Google, Facebook, Ads, direct)
    • Page mana paling banyak dilawati
    • Berapa lama mereka berada di website
    • Conversion & event (klik, borang, purchase)

    Dalam artikel ini, saya akan tunjukkan cara setup Google Analytics GA4 langkah demi langkah, versi mudah faham, sesuai untuk beginner.

    Langkah 1: Masuk Akaun Google Analytics

    • Login menggunakan akaun Google (Gmail) anda
    • Jika ini kali pertama, klik Start Measuring
    ga4 welcome

    Tip: Gunakan akaun Google yang sama dengan akaun Google Search Console (jika ada)


    Langkah 2: Cipta Akaun & Property GA4

    1. Masukkan Account Name
      Contoh: Website Saya
    2. Klik Next
    1. Masukkan Property Name (Boleh masukkan link website anda)
      Contoh: afiqibrahim.com
    2. Pilih: Time zone: Malaysia dan Currency: MYR dan klik Next

    Isikan maklumat bisnes anda dibawah dan klik Next

      Masukkan bisnes objektif anda untuk Google Analytics, boleh tick “Other Business Activities” dan klik create

      Google akan Pop-up seperti gambar dibawah, pilih Malaysia, baca dan tick I Accept


      Langkah 3: Pilih Platform “Web”

      1. Pilih Web
      2. Masukkan: Website URL (contoh: https://example.com) dan Stream Name (contoh: Website Utama)
      3. Pastikan Enhanced Measurement ON
      4. Klik Create and Continue

      Langkah 4: Copy Code GA4

      Selepas stream dicipta:

      1. Anda akan nampak ada pilihan Install Manually atau Install with WordPress, cadangan saya pilih install Manually
      2. Copy keseluruhan code tersebut (Jangan edit apa-apa. Copy 100% code ini.)

      Langkah 5: Login WordPress Anda & Install Plugin Header Footer

      Login WordPress Admin

      Pergi ke Plugins → Add Plugin

      Cari plugin: Headers and Footers dan Install plugin WPCode by Syed Balkhi

      Klik Install Now dan Klik Activate

        Plugin ini digunakan untuk masukkan tracking code tanpa sentuh coding theme


        Langkah 6: Paste Code GA4 Dalam Bahagian Header

        1. Pergi ke plugin tadi → Pilih Header & Footer

        Cari ruangan Scripts in Header Paste code GA4 yang anda copy tadi dan klik save

        Siap pasang GA4 di WordPress!


        Langkah 7: Test Data Masuk Ke GA4 (Real-Time)

        Pergi semula ke Google Analytics tadi dan klik Test Installation

        Selepas Testing Berjaya akan keluar seperti dalam gambar dibawah dan klik Confirm

        Selesai! Data masih pending dan anda boleh tunggu dalam 48 jam atau 2 hari untuk lihat semula data nanti.

        Selepas 2 hari, anda boleh masuk semula ke Google Analytics tadi dan boleh cek berapa user yang masuk ke website anda seperti dibawah. Tanda Berjaya!


        Setup Google Analytics 4 (GA4) sebenarnya tak susah, cuma kena ikut langkah dengan betul.


        Dengan GA4, anda boleh buat keputusan marketing yang lebih tepat berdasarkan data sebenar, bukan agak-agak.

        Kalau anda:

        • Nak setup SEO + GA4 + Google Search Console
        • Nak faham data GA4 untuk bisnes
        • Nak report GA4 yang senang faham

        Anda boleh jadikan GA4 sebagai asas growth website & sales.

        Kalau nak, saya boleh bantu:

        • Setup GA4 + GSC
        • Conversion tracking
        • Report GA4 untuk bisnes anda

        Boleh je contact saya


        Kesimpulan secara mudahnya

        Time needed: 10 minutes

        Cara Setup Google Analytics Untuk Website WordPress

        1. Langkah 1: Masuk Akaun Google Analytics

          Login ke Google Analytics menggunakan akaun Google (Gmail) anda. Jika pertama kali, klik “Start Measuring” untuk mula setup GA4.ga4 welcome

        2. Langkah 2: Cipta Akaun & Property GA4 Serta Maklumat Bisnes Anda

          Masukkan nama akaun, nama website, zon masa Malaysia dan mata wang MYR. Pilih kategori bisnes dan lengkapkan setup property GA4.ga4 detail

        3. Langkah 3: Pilih Platform “Web”

          Pilih platform “Web”, masukkan URL website dan nama stream. Pastikan Enhanced Measurement diaktifkan sebelum klik “Create Stream”.pilih web ga4

        4. Langkah 4: Copy Code GA4

          Pilih install manually (cara saya) dan Copy sepenuhnya tracking code Google Analytics 4 (GA4) yang diberikan tanpa mengubah sebarang kod.copy code GA4

        5. Langkah 5: Login WordPress Anda & Install Plugin Header Footer

          Login ke WordPress Admin, pergi ke Plugins dan install plugin WPCode untuk masukkan code GA4 dengan mudah.pilih plugin wpcode

        6. Langkah 6: Paste Code GA4 Dalam Bahagian Header

          Pergi ke Plugin WPCode → Insert Headers and Footers, paste code GA4 ke ruangan “Scripts in Header” dan klik Save.pilih header and footer

        7. Langkah 7: Test Data Masuk Ke GA4 (Real-Time)

          Pergi semula ke Google Analytics dan klik Test Installation. Jika setup Google Analytics telah berjaya, ia akan kata tunggu 48 jam (2 hari) untuk data anda dikumpulkan dan dipaparkan dalam dashboard Google Analyticsdata pending ga4

      1. Berapa Harga Servis SEO di Malaysia?

        Berapa Harga Servis SEO di Malaysia?

        Berapa Harga Servis SEO Sebenarnya?

        Bila sahaja website dah siap…

        Inilah masanya untuk kita menaikkan ranking dan traffik secara ORGANIK dengan menggunakan kaedah SEO (Search Engine Optimization)

        Baca : Apa itu SEO

        Antara soalan-soalan yang biasa dapat dari pemilik website atau pemilik bisnes?

        • Berapa harga SEO?
        • Boleh sediakan pakej SEO?
        • Kenapa SEO bulanan?
        • Ohh, SEO bukan one time setup je ya?

        Jom saya kupaskan kepada semua jawapan di atas berapa harga SEO dan apa yang kami buat pada website anda?


        Apa Sebenarnya Kami Buat Dalam SEO?

        Ramai orang ingat SEO ni satu benda je: Masuk keyword → tunggu → naik ranking

        Realitinya, SEO bukan sekadar masukkan keyword sahaja tapi ialah proses yang berterusan.

        Secara ringkas, kerja SEO profesional biasanya merangkumi:

        1. Keyword Research

        Bukan sekadar cari keyword volume tinggi, tapi:

        • Keyword yang orang betul-betul search
        • Keyword yang boleh convert jadi pelanggan
        • Keyword yang realistik untuk rank

        Contoh:

        Mungkin “harga upah tukang urut”
        lebih bernilai berbanding
        “Macamana nak urut badan belakang?”


        2. Technical SEO

        Ini termasuk:

        • Website speed
        • Struktur heading (H1, H2, H3..)
        • Mobile friendliness
        • Indexing & crawlability
        • Error 404, redirect, sitemap

        Baca lagi : Apa itu Teknikal SEO

        Kalau website slow & teknikal bermasalah,
        content terbaik pun Google susah nak tolak ke atas.


        3. On-Page SEO

        Antara yang dibuat:

        • Optimasi title & meta description
        • Susunan content ikut search intent
        • Internal linking
        • Optimasi gambar & video
        • Keyword placement yang natural

        Baca : Apa itu On-Page SEO

        Ini yang buat Google faham topik website anda.

        apa itu seo

        4. Content SEO (Bukan tulis sekadar tulis dalam word sahaja)

        Artikel SEO yang baik:

        • Jawab soalan sebenar user (Antara tools kami guna Answer The Public)
        • Panjang & mendalam (bukan 300 patah perkataan tapi lebih lagi)
        • Ada struktur yang kemas
        • Bukan sekadar ulang keyword

        Ada tekniknya untuk memastikan artikel kita naik atas

        SEO content = aset jangka panjang bisnes

        Servis Artikel ni mesti ada! Dalam pakej SEO


        5. Monitoring, Tracking & Improvement

        SEO bukan set sekali lepas tu tinggal je..

        Setiap bulan kami:

        • Track ranking keyword
        • Analisis traffic
        • Lihat page mana perform & mana tak
        • Adjust strategi
        • Analisis pesaing (competitor)

        SEO ni macam “gym” untuk website — kena konsisten sama juga macam kita pergi gym nak bina badan kita..buat sekali tak jadi naik otot..

        build muscle

        Ini lagi antara senarai kerja SEO yang kami lakukan :

        SEO Initial Review & Analysis

        • Website review
        • Duplicate content checking
        • Backlink Audit
        • Competitor research
        • Keyword research
        • Keyword URL mapping
        • Current Keywords Ranking Report
        • On-Page Optimization

        Website Analysis

        • Landing page analysis
        • Title Tag Optimization
        • Meta Description Optimization
        • Content Optimization
        • Header Text Optimization
        • Image Optimization

        Teknikal SEO

        • Canonicalization / 301 redirects
        • Robots.txt creation & Optimization
        • Sitemap creation and Optimization
        • Site Responsiveness Analysis
        • Permalink Analysis (URL)
        • Schema Markup Analysis
        • Page Loading Speed Analysis
        • Tools Implementation

        Local SEO

        • Google My Business Page Setup & Verification
        • Customer Reviews Optimization
        • Local Business Directory / Citation Submission

        Lain-lain yang senarai kerja :

        Google Search Console Setup
        Bing Webmaster Tools Setup
        Google Analytics Setup & Integration
        Google Analytics Conversion Tracking Setup
        Google Analytics Custom Dashboard

        seo review

        Faktor Yang Menentukan Harga Servis SEO di Malaysia

        Ini antara faktor utama 👇

        🔹 1. Tahap Persaingan Keyword

        • Keyword lokal (contoh: tukang paip Rawang) → lebih murah
        • Keyword nasional (contoh: SEO Malaysia) → lebih mahal

        Lagi ramai pesaing, lagi banyak kerja.


        🔹 2. Keadaan Website Sedia Ada

        • Website baru kosong
        • Website lama tapi SEO bersepah
        • Website pernah kena penalti Google

        Website “sakit” perlukan lebih banyak rawatan. Jadi kemungkinan perlu “revamp” semula website


        🔹 3. Bilangan Keyword Disasarkan

        SEO bermula RM1,500 :

        • 5–30 keyword strategik
        • Termasuk keyword sokongan (long-tail)
        • Termasuk keyword berlainan bahasa

        🔹 4. Skop Kerja & Komitmen

        Adakah servis termasuk:

        • Content writing?
        • Technical fix?
        • Report bulanan?
        • Strategi conversion?

        Semakin lengkap → semakin tinggi kos.


        Antara Tools SEO Yang Kami Gunakan

        Seperti mana pomen ingin membaiki kereta perlukan tools atau plumber perlukan tools untuk membaiki paip air.

        car tools

        Sama juga kami juga perlukan beberapa tools untuk membaiki website dan SEO anda.

        Antara tools-tools yang kami biasa gunakan adalah :

        Dan pelbagai lagi

        Kadang tak semua kami tools kami guna, kami akan guna tengok mana yang sesuai dan kebiasaan yang biasa kami guna.

        Kos tools ini sahaja hampir mencecah RM1,000++ sebulan.

        Itu sebab SEO murah biasanya guna tools percuma atau tiada data yang lebih detail untuk kami mengkaji.


        Pilihan SEO: Nak Buat Sendiri atau Nak Upah Orang

        Pilihan A: Sekiranya nak buat SEO Sendiri

        Sesuai jika:

        • Ada masa belajar
        • Suka trial & error
        • Website kecil
        • Tak kisah lambat sikit

        Kos:

        • Tools
        • Masa
        • Learning curve

        Risiko:
        Salah setup → ranking tak naik atau jatuh

        Anda juga boleh belajar SEO dari Google Search Console


        Pilihan B: Upah Servis SEO Profesional

        Sesuai jika:

        • Fokus nak grow bisnes
        • Nak hasil konsisten
        • Nak elak silap teknikal

        Kos:

        • Bermula RM1,500 – RM3,000 dan ke atas sebulan (standard Malaysia)

        Kelebihan:

        • Strategi jelas
        • Jimat masa
        • Lebih selamat jangka panjang

        Baca dulu Tips Hire SEO oleh Google dan tonton video dari Google tentang Tips Hire SEO


        Kenapa Harga SEO Biasanya Bulanan?

        SEO BUKAN:

        • Design logo (siap sekali)
        • Buat website (siap lepas launch)

        SEO ialah:

        • Persaingan berterusan
        • Algorithm Google sentiasa berubah
        • Pesaing sentiasa improve

        Sebab itu SEO biasa dibuat:

        • Kontrak 3 bulan minimum
        • Kontrak 6 bulan
        • Kontrak 12 bulan

        Harga SEO Standard di Malaysia

        Berdasarkan pasaran terkini:

        PakejAnggaran Harga
        Basic SEOBermula RM1,500 / bulan
        Standard SEORM2,000 – RM3,000 / bulan
        Aggressive / CompetitiveRM4,000++ / bulan ke atas

        ⚠️ Berhati-hati dengan harga RM1000 ke bawah selalunya:

        • Tiada strategi (Just simple setup SEO, tiada strategi berterusan bagaimana nak naikkan ranking ikut keyword)
        • Tiada content berkualiti (Artikel yang biasa-biasa dan tiada teknikal SEO dalam artikel)
        • Tiada jaminan data
        • Tiada pemantauan keyword yang kerap tentang website anda

        Sebelum nak ambil upah SEO, baca dulu Tips Hire SEO oleh Google.


        Tentang “Jaminan” Dalam SEO — Ini Yang Anda Perlu Tahu

        Soalan popular:

        “Boleh jamin ranking #1 ke?”

        Jawapan : Tiada siapa boleh jamin ranking #1 secara mutlak.

        Even Google sendiri pun tak bagi jaminan yang confirm boleh ranking #1 sentiasa.

        Apa yang boleh dijamin oleh SEO :

        • Proses yang betul
        • Strategi berdasarkan data dan keyword
        • Improvement trafik & visibility
        • Laporan telus
        • Top 10 dalam Page Google search

        Kalau ada yang janji:

        “Ranking nombor satu di Page 1 dalam 7 ke 14 hari” (Cepat pula tu)

        🚩 Red flag BESAR.


        Jadi, Berbaloi Ke Upah SEO?


        YA, kalau SEO dibuat dengan betul.

        Satu keyword yang rank:

        • Boleh bawa lead berterusan
        • Tak perlu bayar iklan setiap klik
        • Jadi aset jangka panjang

        Bila mana lead berterusan atau sales berterusan anda dah mungkin tak perlu run google ads lagi atau meta ads.

        SEO bukan kos. (Macam Google Ads atau FB Ads) tapi SEO ialah PELABURAN


        Dah sedia nak buat pelaburan ke atas website anda?

        Kalau anda sedang banding harga servis SEO di Malaysia, jangan fikirkan:

        “Yang mana paling murah?”

        Boleh tanya:

        “Boleh dapatkan pakej SEO dan apa yang anda buat?”

        “Boleh dapatkan portfolio atau apa niche yang pernah buat?”

        SEO yang betul:

        • Tak cepat
        • Tak instant
        • Tapi sangat berbaloi bila jadi

        Kalau nak, saya boleh bantu:

        • Audit SEO website anda
        • Terangkan lagi tentang SEO

        PERCUMA Sahaja. Boleh hubungi saya.