Cara Daftar Google Analytics 4 (GA4) Untuk Website WordPress

ga4 welcome

Kenapa Perlu Setup Google Analytics 4 (GA4)?

Jika anda ada website WordPress, sama ada untuk bisnes, blog, landing page atau eCommerce — Google Analytics 4 (GA4) adalah tools paling penting untuk faham tingkah laku pelawat website.

Dengan GA4, anda boleh tahu:

  • Berapa ramai pelawat masuk website
  • Datang dari mana (Google, Facebook, Ads, direct)
  • Page mana paling banyak dilawati
  • Berapa lama mereka berada di website
  • Conversion & event (klik, borang, purchase)

Dalam artikel ini, saya akan tunjukkan cara setup Google Analytics GA4 langkah demi langkah, versi mudah faham, sesuai untuk beginner.

Langkah 1: Masuk Akaun Google Analytics

  • Login menggunakan akaun Google (Gmail) anda
  • Jika ini kali pertama, klik Start Measuring
ga4 welcome

Tip: Gunakan akaun Google yang sama dengan akaun Google Search Console (jika ada)


Langkah 2: Cipta Akaun & Property GA4

  1. Masukkan Account Name
    Contoh: Website Saya
  2. Klik Next
  1. Masukkan Property Name (Boleh masukkan link website anda)
    Contoh: afiqibrahim.com
  2. Pilih: Time zone: Malaysia dan Currency: MYR dan klik Next

Isikan maklumat bisnes anda dibawah dan klik Next

    Masukkan bisnes objektif anda untuk Google Analytics, boleh tick “Other Business Activities” dan klik create

    Google akan Pop-up seperti gambar dibawah, pilih Malaysia, baca dan tick I Accept


    Langkah 3: Pilih Platform “Web”

    1. Pilih Web
    2. Masukkan: Website URL (contoh: https://example.com) dan Stream Name (contoh: Website Utama)
    3. Pastikan Enhanced Measurement ON
    4. Klik Create and Continue

    Langkah 4: Copy Code GA4

    Selepas stream dicipta:

    1. Anda akan nampak ada pilihan Install Manually atau Install with WordPress, cadangan saya pilih install Manually
    2. Copy keseluruhan code tersebut (Jangan edit apa-apa. Copy 100% code ini.)

    Langkah 5: Login WordPress Anda & Install Plugin Header Footer

    Login WordPress Admin

    Pergi ke Plugins → Add Plugin

    Cari plugin: Headers and Footers dan Install plugin WPCode by Syed Balkhi

    Klik Install Now dan Klik Activate

      Plugin ini digunakan untuk masukkan tracking code tanpa sentuh coding theme


      Langkah 6: Paste Code GA4 Dalam Bahagian Header

      1. Pergi ke plugin tadi → Pilih Header & Footer

      Cari ruangan Scripts in Header Paste code GA4 yang anda copy tadi dan klik save

      Siap pasang GA4 di WordPress!


      Langkah 7: Test Data Masuk Ke GA4 (Real-Time)

      Pergi semula ke Google Analytics tadi dan klik Test Installation

      Selepas Testing Berjaya akan keluar seperti dalam gambar dibawah dan klik Confirm

      Selesai! Data masih pending dan anda boleh tunggu dalam 48 jam atau 2 hari untuk lihat semula data nanti.

      Selepas 2 hari, anda boleh masuk semula ke Google Analytics tadi dan boleh cek berapa user yang masuk ke website anda seperti dibawah. Tanda Berjaya!


      Setup Google Analytics 4 (GA4) sebenarnya tak susah, cuma kena ikut langkah dengan betul.


      Dengan GA4, anda boleh buat keputusan marketing yang lebih tepat berdasarkan data sebenar, bukan agak-agak.

      Kalau anda:

      • Nak setup SEO + GA4 + Google Search Console
      • Nak faham data GA4 untuk bisnes
      • Nak report GA4 yang senang faham

      Anda boleh jadikan GA4 sebagai asas growth website & sales.

      Kalau nak, saya boleh bantu:

      • Setup GA4 + GSC
      • Conversion tracking
      • Report GA4 untuk bisnes anda

      Boleh je contact saya


      Kesimpulan secara mudahnya

      Time needed: 10 minutes

      Cara Setup Google Analytics Untuk Website WordPress

      1. Langkah 1: Masuk Akaun Google Analytics

        Login ke Google Analytics menggunakan akaun Google (Gmail) anda. Jika pertama kali, klik “Start Measuring” untuk mula setup GA4.ga4 welcome

      2. Langkah 2: Cipta Akaun & Property GA4 Serta Maklumat Bisnes Anda

        Masukkan nama akaun, nama website, zon masa Malaysia dan mata wang MYR. Pilih kategori bisnes dan lengkapkan setup property GA4.ga4 detail

      3. Langkah 3: Pilih Platform “Web”

        Pilih platform “Web”, masukkan URL website dan nama stream. Pastikan Enhanced Measurement diaktifkan sebelum klik “Create Stream”.pilih web ga4

      4. Langkah 4: Copy Code GA4

        Pilih install manually (cara saya) dan Copy sepenuhnya tracking code Google Analytics 4 (GA4) yang diberikan tanpa mengubah sebarang kod.copy code GA4

      5. Langkah 5: Login WordPress Anda & Install Plugin Header Footer

        Login ke WordPress Admin, pergi ke Plugins dan install plugin WPCode untuk masukkan code GA4 dengan mudah.pilih plugin wpcode

      6. Langkah 6: Paste Code GA4 Dalam Bahagian Header

        Pergi ke Plugin WPCode → Insert Headers and Footers, paste code GA4 ke ruangan “Scripts in Header” dan klik Save.pilih header and footer

      7. Langkah 7: Test Data Masuk Ke GA4 (Real-Time)

        Pergi semula ke Google Analytics dan klik Test Installation. Jika setup Google Analytics telah berjaya, ia akan kata tunggu 48 jam (2 hari) untuk data anda dikumpulkan dan dipaparkan dalam dashboard Google Analyticsdata pending ga4

      Comments

      Leave a Reply