Kajian Kes SEO : Eskayvie

feature image
logo eskayvie

Tentang Eskayvie

Eskayvie merupakan jenama tempatan yang terkenal dalam industri kesihatan dan supplement, dengan rangkaian produk yang luas merangkumi pelbagai topik berkaitan kesihatan, gaya hidup sihat dan kesejahteraan.

Sebagai jenama yang sudah lama berada di pasaran, Eskayvie mempunyai autoriti jenama yang kuat. Namun, selari dengan usaha penstrukturan semula pemasaran digital, Eskayvie melakukan proses revamp website dan penambahbaikan SEO bagi memastikan kehadiran online mereka lebih kemas, tersusun dan berdaya saing di carian Google.

Eskayvie menghubungi kami dengan satu objektif utama:

Untuk menaikkan semula ranking Google dan menguasai semula carian bagi hampir semua topik berkaitan kesihatan.


Cabaran SEO Yang Dihadapi

Sepanjang audit awal, kami mengenal pasti beberapa cabaran teknikal dan kandungan yang kritikal:

Cabaran Utama:

  • Banyak halaman 404 akibat revamp website
  • Pertukaran domain daripada int.eskayvie ke eskayvie.com
  • Risiko duplicate content antara domain lama & baru
  • Struktur kandungan lama yang tidak lagi selari dengan SEO semasa
  • Banyak halaman penting kehilangan ranking & trafik

Dalam industri kesihatan yang sangat kompetitif, isu teknikal seperti ini boleh menyebabkan kejatuhan trafik yang besar jika tidak ditangani dengan betul.


Apa Yang Kami Lakukan

Kerja SEO dijalankan secara berperingkat bermula Mac hingga Jun dengan fokus kepada SEO jangka panjang dan mampan, bukan quick win.

1. Technical SEO & Website Cleanup

  • Audit penuh 404 error
  • Setup 301 redirect untuk halaman penting
  • Pengurusan isu duplicate content selepas penukaran domain
  • Penstrukturan semula URL & internal linking
  • Pastikan Google crawl & index halaman yang betul sahaja

2. Content SEO & Artikel Kesihatan

  • Menulis & mengemas kini artikel SEO terkini
  • Fokus kepada topik-topik kesihatan berimpak tinggi
  • Struktur artikel:
    • Keyword research
    • Heading structure (H1–H3)
    • Internal & external linking
  • Konsisten dengan search intent pengguna

3. E-Commerce SEO

  • Optimasi halaman produk
  • Pastikan halaman produk boleh rank untuk carian berkaitan
  • Struktur kategori & produk lebih kemas untuk SEO

Hasil Keputusan SEO

Selepas 3–4 bulan kerja SEO berterusan, hasil mula kelihatan dengan jelas di Google Search Console.

IMPRESSION MENINGKAT

400% – 500%

(Daripada sekitar ±1,000/hari ke 5,000–6,000+/hari)

TOTAL CLICKS MENINGKAT

200% – 250%

(Daripada ±250 klik/hari ke 700–800+ klik/hari)

CTR MENINGKAT

40% – 50%

(Daripada sekitar 8–9% ke purata hampir 12%)

Ringkasan Prestasi SEO:

  • Total Impressions: 707,000+
  • Total Clicks: 84,000+
  • Average CTR: 11.9%
  • Average Position: 12.6

Peningkatan ini menunjukkan:

  • Google mula percaya semula struktur & kandungan website
  • Artikel kesihatan mula rank untuk lebih banyak keyword
  • Trafik organik kembali stabil & konsisten

Kesimpulan

Kajian kes Eskayvie membuktikan bahawa:

SEO bukan sekadar tulis artikel. Ia perlukan gabungan technical SEO, content strategy dan konsistensi.

Walaupun website pernah mengalami kejatuhan trafik akibat revamp dan penukaran domain, pendekatan SEO yang betul mampu memulihkan dan meningkatkan semula prestasi organik.

Comments

Leave a Reply