TERMA & SYARAT
Terma dan Syarat ini menggariskan peraturan serta syarat penggunaan laman web afiqibrahim.com dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Afiq Ibrahim.
Dengan mengakses laman web ini atau menggunakan perkhidmatan yang disediakan, anda dianggap telah membaca, memahami dan bersetuju dengan Terma & Syarat ini.
1. Skop Perkhidmatan
Afiq Ibrahim menyediakan perkhidmatan berkaitan:
- Pembangunan website
- Search Engine Optimization (SEO)
- Konsultasi dan latihan berkaitan digital & pemasaran
Skop kerja, tempoh projek, kos dan hasil yang dijanjikan akan dinyatakan secara jelas melalui perbincangan, proposal atau persetujuan bertulis sebelum projek dimulakan.
2. Hasil & Jangkaan
Setiap strategi website dan SEO dirancang berdasarkan keperluan dan situasi semasa bisnes klien.
Namun begitu, hasil seperti ranking Google, trafik atau peningkatan jualan tidak boleh dijamin sepenuhnya, kerana ia bergantung kepada pelbagai faktor termasuk pasaran, persaingan dan perubahan algoritma.
Segala usaha akan dilakukan secara profesional dan beretika berdasarkan amalan terbaik industri.
3. Pembayaran
- Bayaran adalah berdasarkan persetujuan yang telah dipersetujui bersama.
- Deposit atau bayaran penuh mungkin diperlukan sebelum kerja dimulakan.
- Bayaran yang telah dibuat adalah tidak boleh dipulangkan selepas kerja dimulakan, kecuali dinyatakan sebaliknya.
Sebarang kelewatan pembayaran boleh menyebabkan penangguhan kerja.
4. Tanggungjawab Klien
Klien bertanggungjawab untuk:
- Menyediakan maklumat, kandungan dan akses yang diperlukan tepat pada masanya
- Memberi maklum balas dalam tempoh yang munasabah
- Memastikan bahan yang diberikan tidak melanggar hak cipta pihak lain
Kelewatan daripada pihak klien boleh memberi kesan kepada tempoh projek.
5. Hak Cipta & Pemilikan
Melainkan dinyatakan sebaliknya:
- Hak pemilikan hasil kerja akan diserahkan kepada klien selepas bayaran penuh dibuat
- Afiq Ibrahim berhak menggunakan hasil kerja sebagai sebahagian daripada portfolio atau bahan rujukan
6. Penggunaan Laman Web
Segala kandungan di laman web ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja.
Sebarang penggunaan tanpa kebenaran bertulis adalah tidak dibenarkan.
7. Had Liabiliti
Afiq Ibrahim tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian langsung atau tidak langsung yang timbul akibat penggunaan laman web atau perkhidmatan, termasuk tetapi tidak terhad kepada kehilangan data, pendapatan atau peluang perniagaan.
8. Pindaan Terma
Terma & Syarat ini boleh dikemaskini dari semasa ke semasa tanpa notis awal.
Versi terkini akan sentiasa dipaparkan di laman web ini.
9. Hubungi
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan Terma & Syarat ini, sila hubungi melalui halaman Hubungi Saya.
