Category: Portfolio

  • Kajian Kes SEO : Mamyhome

    Kajian Kes SEO : Mamyhome

    Tentang MamyHome

    MamyHome merupakan sebuah bisnes dalam industri interior design & renovation, menawarkan perkhidmatan berkaitan ubah suai rumah dan reka bentuk dalaman.

    MamyHome telah bekerjasama dengan kami selama kira-kira 1.5 tahun dengan objektif utama:

    Melakukan revamp website, meningkatkan ranking Google, menambah trafik organik, dan menjana lebih banyak lead secara konsisten tanpa bergantung sepenuhnya kepada iklan berbayar.

    Kerjasama ini memfokuskan kepada SEO sebagai aset jangka panjang, bukan sekadar kempen sementara.


    Cabaran SEO Yang Dihadapi

    Antara cabaran utama yang dikenal pasti pada peringkat awal ialah:

    • Website lama tidak mesra SEO dari segi struktur & kandungan
    • Trafik organik tidak konsisten
    • Kandungan sedia ada tidak dioptimumkan untuk search intent
    • Persaingan tinggi dalam industri interior design
    • Lead organik masih rendah dan tidak stabil dan mengharapkan ads berbayar sahaja.

    Tanpa struktur SEO yang betul, website sukar untuk menukar trafik kepada pertanyaan sebenar (leads).


    Apa Yang Kami Buat

    Strategi SEO dijalankan secara berperingkat dan berterusan sepanjang tempoh kerjasama.

    1. Revamp Website & Struktur SEO

    • Penstrukturan semula halaman utama & servis
    • Kemasan URL, heading structure dan internal linking
    • Pastikan website lebih jelas dari segi:
      • servis ditawarkan
      • lokasi sasaran
      • search intent pengguna

    2. Content SEO & Penambahbaikan Kandungan

    • Menulis & membetulkan kandungan sedia ada agar lebih SEO-friendly
    • Fokus kepada:
      • keyword berimpak tinggi
      • topik yang berpotensi menjana lead
    • Kandungan disusun dengan:
      • struktur heading yang betul
      • ayat lebih jelas & mudah difahami
      • elemen kepercayaan (trust)

    3. On-Page SEO & Teknical SEO

    • Optimize title & meta description
    • Pengurusan isu teknikal asas SEO
    • Pastikan Google crawl dan index halaman penting dengan betul

    Keputusan & Hasil

    CLICKS TERUS MENINGKAT

    120%

    Klik organik menjadi lebih stabil dan berkualiti

    Graf menunjukkan:

    • Trend impressions dan klik meningkat secara konsisten
    • Lonjakan ketara sekitar pertengahan tempoh hasil penambahbaikan struktur & kandungan

    Pertumbuhan Trafik & Visibility

    Berdasarkan trend graf:

    • Impressions meningkat sekitar 2x – 3x berbanding fasa awal
    • Klik organik menjadi lebih stabil dan berkualiti
    • Website semakin kerap muncul untuk carian berkaitan servis

    Ini menunjukkan bahawa:

    • Trafik yang datang adalah lebih relevan
    • Kandungan & struktur website membantu conversion
    • SEO memberi impak terus kepada bisnes, bukan sekadar ranking

    Kesimpulan

    Kajian kes MamyHome membuktikan bahawa:

    SEO yang dibuat secara konsisten dan strategik mampu menjadi sumber lead jangka panjang.

    Melalui gabungan:

    • revamp website
    • content SEO yang betul
    • on-page & technical SEO

    MamyHome berjaya meningkatkan visibility Google, trafik organik, dan jumlah lead secara mampan sepanjang tempoh 1.5 tahun kerjasama.

  • Kajian Kes SEO : Homi Homestay

    Kajian Kes SEO : Homi Homestay

    Tentang Homi Homestay

    Homi Homestay Seksyen 13 merupakan sebuah penginapan harian (homestay) yang terletak di kawasan strategik Seksyen 13, Shah Alam berhampiran dengan kemudahan utama seperti AEON, MSU, kawasan perniagaan dan lokasi tumpuan pengunjung.

    Sebagai bisnes berasaskan lokasi (local business), kehadiran di Google Maps dan carian Google tempatan memainkan peranan penting dalam mendapatkan tempahan secara konsisten.

    Objektif utama HomiHomestay adalah:

    Muncul di Google Maps (Google My Business), mengukuhkan on-page SEO website, dan mengekalkan ranking di carian Google untuk keyword berkaitan homestay di Seksyen 13.


    Cabaran SEO Yang Dihadapi

    Antara cabaran utama yang dikenal pasti pada peringkat awal:

    • Persaingan tinggi daripada homestay & hotel sekitar Shah Alam
    • Visibility di Google Maps tidak konsisten
    • Website tidak dioptimumkan sepenuhnya untuk carian tempatan (local SEO)
    • Struktur website dalaman belum fokus kepada keyword berasaskan lokasi

    Untuk bisnes homestay, jika tidak muncul di Top Result Google Maps atau Page 1 Google, peluang tempahan akan jatuh dengan ketara.


    Apa Yang Kami Buat

    Strategi SEO difokuskan kepada Local SEO + Website Optimization, bukan sekadar trafik umum.

    1. Optimasi Google My Business (GMB)

    • Kemaskini maklumat bisnes (NAP: Name, Address, Phone)
    • Optimasi kategori & servis
    • Penambahbaikan deskripsi bisnes berasaskan keyword tempatan
    • Konsistensi lokasi & alamat
    • Pengurusan elemen kepercayaan (trust signals)

    2. On-Page SEO Website

    • Penstrukturan semula halaman website
    • Optimasi:
      • Title & meta description
      • Heading structure
      • Keyword lokasi (Seksyen 13, Shah Alam)
    • Internal linking untuk halaman utama
    • Pastikan website jelas untuk search intent “homestay near me / homestay Shah Alam”

    3. SEO Berasaskan Lokasi (Local Intent)

    • Fokus keyword dengan niat tempahan
    • Padanan keyword Google Maps + carian organik
    • Pastikan Google faham bisnes + lokasi + servis

    Keputusan & Hasil

    Selepas optimasi berterusan, HomiHomestay berjaya mencapai keputusan berikut:

    DI GOOGLE DAN GOOGLE MAPS

    RANKING TOP 5

    di 10 keyword utama berkaitan homestay & lokasi

    TRAFIK WEBSITE MENINGKAT SEKITAR

    250%

    hasil penambahbaikan SEO dan Google Maps.

    Keputusan ini menunjukkan bahawa:

    • Local SEO yang betul memberi impak besar untuk bisnes homestay
    • Google Maps + On-page SEO adalah kombinasi paling efektif untuk bisnes berasaskan lokasi

    Kesimpulan

    Kajian kes HomiHomestay Seksyen 13 membuktikan bahawa:

    Untuk bisnes tempatan, SEO bukan tentang trafik semata-mata — tetapi tentang muncul di tempat yang betul, pada masa yang betul, kepada pelanggan yang betul.

    Dengan strategi Local SEO dan website optimization yang tepat, ranking dapat dikekalkan secara konsisten, bukan sekadar naik sekejap.

  • Kajian Kes SEO : Eskayvie

    Kajian Kes SEO : Eskayvie

    logo eskayvie

    Tentang Eskayvie

    Eskayvie merupakan jenama tempatan yang terkenal dalam industri kesihatan dan supplement, dengan rangkaian produk yang luas merangkumi pelbagai topik berkaitan kesihatan, gaya hidup sihat dan kesejahteraan.

    Sebagai jenama yang sudah lama berada di pasaran, Eskayvie mempunyai autoriti jenama yang kuat. Namun, selari dengan usaha penstrukturan semula pemasaran digital, Eskayvie melakukan proses revamp website dan penambahbaikan SEO bagi memastikan kehadiran online mereka lebih kemas, tersusun dan berdaya saing di carian Google.

    Eskayvie menghubungi kami dengan satu objektif utama:

    Untuk menaikkan semula ranking Google dan menguasai semula carian bagi hampir semua topik berkaitan kesihatan.


    Cabaran SEO Yang Dihadapi

    Sepanjang audit awal, kami mengenal pasti beberapa cabaran teknikal dan kandungan yang kritikal:

    Cabaran Utama:

    • Banyak halaman 404 akibat revamp website
    • Pertukaran domain daripada int.eskayvie ke eskayvie.com
    • Risiko duplicate content antara domain lama & baru
    • Struktur kandungan lama yang tidak lagi selari dengan SEO semasa
    • Banyak halaman penting kehilangan ranking & trafik

    Dalam industri kesihatan yang sangat kompetitif, isu teknikal seperti ini boleh menyebabkan kejatuhan trafik yang besar jika tidak ditangani dengan betul.


    Apa Yang Kami Lakukan

    Kerja SEO dijalankan secara berperingkat bermula Mac hingga Jun dengan fokus kepada SEO jangka panjang dan mampan, bukan quick win.

    1. Technical SEO & Website Cleanup

    • Audit penuh 404 error
    • Setup 301 redirect untuk halaman penting
    • Pengurusan isu duplicate content selepas penukaran domain
    • Penstrukturan semula URL & internal linking
    • Pastikan Google crawl & index halaman yang betul sahaja

    2. Content SEO & Artikel Kesihatan

    • Menulis & mengemas kini artikel SEO terkini
    • Fokus kepada topik-topik kesihatan berimpak tinggi
    • Struktur artikel:
      • Keyword research
      • Heading structure (H1–H3)
      • Internal & external linking
    • Konsisten dengan search intent pengguna

    3. E-Commerce SEO

    • Optimasi halaman produk
    • Pastikan halaman produk boleh rank untuk carian berkaitan
    • Struktur kategori & produk lebih kemas untuk SEO

    Hasil Keputusan SEO

    Selepas 3–4 bulan kerja SEO berterusan, hasil mula kelihatan dengan jelas di Google Search Console.

    IMPRESSION MENINGKAT

    400% – 500%

    (Daripada sekitar ±1,000/hari ke 5,000–6,000+/hari)

    TOTAL CLICKS MENINGKAT

    200% – 250%

    (Daripada ±250 klik/hari ke 700–800+ klik/hari)

    CTR MENINGKAT

    40% – 50%

    (Daripada sekitar 8–9% ke purata hampir 12%)

    Ringkasan Prestasi SEO:

    • Total Impressions: 707,000+
    • Total Clicks: 84,000+
    • Average CTR: 11.9%
    • Average Position: 12.6

    Peningkatan ini menunjukkan:

    • Google mula percaya semula struktur & kandungan website
    • Artikel kesihatan mula rank untuk lebih banyak keyword
    • Trafik organik kembali stabil & konsisten

    Kesimpulan

    Kajian kes Eskayvie membuktikan bahawa:

    SEO bukan sekadar tulis artikel. Ia perlukan gabungan technical SEO, content strategy dan konsistensi.

    Walaupun website pernah mengalami kejatuhan trafik akibat revamp dan penukaran domain, pendekatan SEO yang betul mampu memulihkan dan meningkatkan semula prestasi organik.