Dunia sekarang semakin ke arah digital dengan hampir lebih 80% manusia menggunakan smartphone dalam kehidupan seharian. Oleh itu, tidak hairanlah website kini menjadi perkara penting kepada setiap bisnes untuk adakan kedai sendiri di alam maya dengan adanya website sendiri.
Ramai pengusaha bisnes menggunakan aplikasi sosial media seperti Facebook, Instagram, Youtube dan sebagainya untuk mempromosikan bisnes mereka sendiri. Tapi kita tak boleh bergantung kepada sosial media sahaja untuk mempromosikan bisnes kita. Kita perlu wajib ada website. Kenapa?
Namun, tidak semua pengusaha bisnes mahir dalam bidang IT atau yang mahir dalam selok belok membina website sendiri. Oleh itu, salah satu website free yang anda boleh buat adalah menggunakan Google Sites.
Kenapa menggunakan website free seperti Google Sites?
Kelebihan Google Sites
- Free
- Mudah guna dan cepat faham, tanpa pengetahuan IT pun boleh
- Boleh beli domain (www.namawebsite.com) dari Google Domain
- Mesra google (Boleh link dengan google docs, slides, forms, charts dan sebagainya)
Namun setiap penggunaan platform pasti ada kekurangan. Antara kekurangan sekiranya ingin buat website free guna google sites adalah….
Kekurangan Google Sites
- Fungsi terhad untuk kegunaan website yang lebih kompleks
- Website adalah untuk sekadar lebih kepada memberikan informasi
- Design yang agak limited
Cara nak buat website guna Google Sites?
1. Sign-in Google dan Search Google Sites Di Google Search Box
Pastikan anda sign-in google dulu dan anda search taip sahaja Google Sites di google search box seperti gambar dibawah.
atau anda boleh klik Google Sites
2. Klik + untuk bina website anda yang baru
Selepas anda klik google sites, anda boleh klik simbol tambah seperti gambar dibawah.
3. Anda akan dibawa ke Google Page Builder
Selepas klik tambah, anda akan dibawah ke Google Page Builder seperti gambar dibawah. Perhatikan 3 funsgi paling kanan sekali dalam gambar iaitu Insert, Pages dan Themes.
Setiap ketiga-tiga fungsi inilah yang WAJIB anda fahamkan dan bermain-main untuk membina website anda.
4. Apakah Fungsi Pages?
Fungsi pages adalah untuk menambah page anda yang baru seperti Tentang Kami, Servis Kami, Hubungi Kami. Jadi anda boleh klik simbol tambah dibawah untuk menambah page baru seperti gambar dibawah.
5. Apakah Fungsi Themes?
Themes adalah tema design website yang anda inginkan. Anda boleh klik pada themes dan boleh skroll down untuk pilih jenis design yang anda inginkan dalam website anda.
6. Apakah Fungsi Insert?
Insert adalah segala jenis fungsi dan design web struktur yang anda inginkan masukkan ke website anda dengan cara klik sahaja pada fungsi yang anda pilih. Anda boleh pilih samada text, image, embed,drive, layout dan sebagainya dengan cara klik dan ia automatik akan masuk ke page builder tersebut.
Dan sekarang anda boleh la fikirkan idea anda sendiri atau informasi apa untuk masukkan dalam website anda. Sekiranya anda rasa susah nak design atau nak letak apa dalam website, anda boleh ambil satu website contoh yang anda suka dan anda cuba gunakan idea untuk buat website anda sendiri. Ini adalah contoh website yang menggunakan Google Sites yang telah siap.
Sekiranya anda masih tak faham dan nak tahu lagi cara menggunakan google sites?
Anda boleh tonton video dibawah untuk ketahui cara menggunakan google sites.
Sekiranya website Google Sites tidak membantu seperti website yang anda inginkan dan anda ingin membina website yang kompleks anda boleh guna website seperti wordpress, wix, weebly atau beberapa web yang lain ATAU sekiranya anda perlukan servis bina website, anda juga boleh dapatkan dari kami untuk info lanjut tentang servis bina website.